RAYUAN SEKAMPIT BERAS UNTUK ANAK YATIM DAN FAKIR

Dimulakan pada:
20 Jun, 2025
RAYUAN SEKAMPIT BERAS UNTUK ANAK YATIM DAN FAKIR
100.13%
RM15,019
/RM15,000
389
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Ayuh hulurkan tangan, ringankan beban! Kami memerlukan sokongan anda untuk menyumbang beras bagi keluarga fakir, ibu tunggal dan anak yatim untuk stok beras mereka bulan Julai 2025! Sekampit pun jadi!

Kami sedang menggerakkan misi kemanusiaan kedua ke Pulau Kulapuan, Semporna, Sabah, untuk menghantar beras paling kurang satu kampit satu keluarga.

Anak-anak yatim ini bukan tinggal di rumah kebajikan, tetapi bersama adik-beradik atau ibu mereka dalam keadaan amat dhaif. Begitu juga anak-anak fakir yang lain, tiada dokumen dan tidak dapat bersekolah. Disebabkan pulau terpencil, majoriti anak-anak di sini gagal didaftarkan kelahiran di JPN. Baru-baru ini kami belanja mereka Marry Brown dan bantuan beras untuk bulan Jun 2025.

Melalui “Project Hugs” kami beri mereka pendidikan akademik dan mengaji percuma untuk 147 anak-anak di pulau ini. Kami juga berikan beras setiap bulan.

Sehingga mereka dapat IC, sekurang-kurangnya mereka tahu membaca, menulis, mengira dan lebih penting, mengaji Al-Quran.

PERKIM BTP juga terlibat membaiki rumah beberapa anak yatim yang hampir roboh di Lahad Datu.

Objektif kutipan dana adalah untuk membekalkan beras sekampit hingga 3 kampit jika anda sokong. Dana juga diperlukan untuk logistik serta kos sukarelawan beli, packing, sewa bot untuk hantar bekalan ke pulau ini.

Penduduk di sini, ada beras mereka boleh hidup. Lauk? Mereka tangkap ikan di laut sekeliling mereka. Allahuakhbar! Jika ada mi atau telur, itu adalah bonus. Dengan sokongan anda, kami juga akan tambah makanan asasi lain seperti garam, gula, kicap, minyak dan sebagainya. Terdapat 160 keluarga yang ingin kami bantu.

Bulan Jun 2025 ini, kami telah menyerahkan bantuan 3 kampit beras untuk 18 keluarga, anak-anak yatim, itu sahaja yang kami mampu hasil sumbangan penderma.

Untuk bulan Julai 2025, kami menyasarkan untuk membantu semua 160 keluarga termasuk yang ada anak-anak yatim. Allah SWT memuji orang-orang yang bersedekah seperti dalam bentuk makanan sebagaimana dalam firman-Nya,

Maksudnya: "Dan mereka memberikan makanan, meskipun mereka menyukainya, kepada orang miskin, anak yatim, dan tawanan." (Surah al-Insan, Ayat 8)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

08 Jul 2025

Kami telah mengagihkan beras dan keperluan lain kepada 24 orang anak yatim di Lahad Datu.

Bulan ini, kami akan mengagihkan lagi 196 beg beras kepada golongan miskin tegar di Pulau Kulapuan (Semporna). Bekalan beras mencukupi kerana mereka memperoleh sumber protein dari laut sekeliling.

Terima kasih kepada semua penyumbang atas sokongan anda.

06 Jul 2025

Alhamdulillah, semalam 5/7/2025 kami telah mengagihkan beras untuk 13 keluarga anak yatim, insya Allah hari ini lagi 11 keluarga anak yatim akan terima beras di Lahad Datu, Sabah. Kami juga tambah barang dapur yang lain. Kemudian kami akan sampaikan beras untuk ibu tunggal yang ada anak-anak yatim, anak-anak yatim piaitu, dan asnaf paling dhaif. Secara keseluruhan kami akan agihkan 220 kampit beras 10kg dalam bulan ini.

Terima kasih atas sumbangan anda.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 04, 2025
SABTU BIN HJ AHMAD
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 04, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SUMBANGAN AIR MINERAL BUAT YANG TERPUTUS BEKALAN AIR DI JOHOR
INFAQ PEMBELIAN TANAH BAGI KEMUDAHAN RIADAH ANAK TAHFIZ
BANTUAN KOS OPERASI DAN BAIK PULIH KEMUDAHAN MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DAN ASNAF
DANA BANTUAN OPERASI KEBAJIKAN DAN PENGAJIAN ANAK YATIM DAN ASNAF
INFAQ RAMADAN DAN RAYA 2026 PELAJAR MAAHAD TAHFIZ TARBIAH AL-UMMAH
Kempen Sumbangan Tamat