Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Jun 20, 2025

RAYUAN SEKAMPIT BERAS UNTUK ANAK YATIM DAN FAKIR

RM15,019 / 100.13 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

389 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh hulurkan tangan, ringankan beban! Kami memerlukan sokongan anda untuk menyumbang beras bagi keluarga fakir, ibu tunggal dan anak yatim untuk stok beras mereka bulan Julai 2025! Sekampit pun jadi!


Kami sedang menggerakkan misi kemanusiaan kedua ke Pulau Kulapuan, Semporna, Sabah, untuk menghantar beras paling kurang satu kampit satu keluarga.



Anak-anak yatim ini bukan tinggal di rumah kebajikan, tetapi bersama adik-beradik atau ibu mereka dalam keadaan amat dhaif. Begitu juga anak-anak fakir yang lain, tiada dokumen dan tidak dapat bersekolah. Disebabkan pulau terpencil, majoriti anak-anak di sini gagal didaftarkan kelahiran di JPN. Baru-baru ini kami belanja mereka Marry Brown dan bantuan beras untuk bulan Jun 2025.




Melalui “Project Hugs” kami beri mereka pendidikan akademik dan mengaji percuma untuk 147 anak-anak di pulau ini. Kami juga berikan beras setiap bulan.



Sehingga mereka dapat IC, sekurang-kurangnya mereka tahu membaca, menulis, mengira dan lebih penting, mengaji Al-Quran.



PERKIM BTP juga terlibat membaiki rumah beberapa anak yatim yang hampir roboh di Lahad Datu.



Objektif kutipan dana adalah untuk membekalkan beras sekampit hingga 3 kampit jika anda sokong. Dana juga diperlukan untuk logistik serta kos sukarelawan beli, packing, sewa bot untuk hantar bekalan ke pulau ini.



Penduduk di sini, ada beras mereka boleh hidup. Lauk? Mereka tangkap ikan di laut sekeliling mereka. Allahuakhbar! Jika ada mi atau telur, itu adalah bonus. Dengan sokongan anda, kami juga akan tambah makanan asasi lain seperti garam, gula, kicap, minyak dan sebagainya. Terdapat 160 keluarga yang ingin kami bantu.



Bulan Jun 2025 ini, kami telah menyerahkan bantuan 3 kampit beras untuk 18 keluarga, anak-anak yatim, itu sahaja yang kami mampu hasil sumbangan penderma.



Untuk bulan Julai 2025, kami menyasarkan untuk membantu semua 160 keluarga termasuk yang ada anak-anak yatim. Allah SWT memuji orang-orang yang bersedekah seperti dalam bentuk makanan sebagaimana dalam firman-Nya,


Maksudnya: "Dan mereka memberikan makanan, meskipun mereka menyukainya, kepada orang miskin, anak yatim, dan tawanan." (Surah al-Insan, Ayat 8)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 25, 2025

SHARIFAH FATMAH SYED MAHDAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 25, 2025

Kempen Sumbangan Tamat