Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Oct 18, 2023

RAYUAN DERMA BINA TEMPAT SOLAT MUSLIMAT

RM580 / 5.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

28 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Masjid An-Nur bersaiz surau sahaja tidak mampu menampung jemaah semakin ramai, sehingga muslimat terpaksa solat di luar masjid. Ayuh bantu bina tempat solat muslimat!


Assalamualaikum wbt. Masjid An-Nur di Kampung Inaruntung, Pitas, Sabah, jika mengikut standard di Selangor, ia hanyalah sebuah surau. Tetapi di kampung pedalaman ini, dengan hampir 100% penduduk beragama Islam, inilah masjid bagi mereka.




Masjid ini sudah tidak lagi boleh menampung jemaah, khususnya muslimat. Apabila menjelang hari raya atau apa-apa majlis lain, muslimat terpaksa mengalah untuk solat di luar masjid tersebut. Hal ini kerana di dalam masjid tiada lagi ruang, melainkan bercampur dengan muslimin.



Sudah hampir 2 tahun pihak ketua kampung dan pengerusi masjid ini berusaha untuk membesarkan bahagian belakang. Namun, kutipan mingguan masjid ini pun hanya RM25.



Rata-rata penduduk kampung ini juga adalah nelayan miskin.



Masjid ini adalah lambang syiar agama Islam di sini dan menyatukan umat Islam yang ramai juga adalah muallaf.



Muslimat juga perlu solat secara selesa, mereka juga ingin pergi ke masjid dengar kuliah dan solat berjemaah. Terdapat dua fasa baik pulih akan dilaksanakan iaitu menyambung dan membesarkan bahagian belakang masjid untuk membina tempat solat muslimat. Fasa kedua ialah memasang mozek ke seluruh ruang solat masjid ini, termasuk tempat solat muslimat.



Ayuh, menyumbang seikhlas hati. InsyaAllah, anda berpeluang untuk pahala sedekah berterusan. Sekecil mana pun infaq anda, semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik. Aamiin Ya Allah!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 19, 2023

ZURAYU

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2023

Kempen Sumbangan Tamat