MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jan 11, 2023

RAYUAN INFAQ DANA KITAB AGAMA UNTUK ANAK TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM

RM640 / 12.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

31 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTULAH GOLONGAN PENCINTA AL-QURAN DENGAN MENGHADIAH KITAB-KITAB AGAMA SERENDAH RM10 AGAR MEREKA MUDAH BERJIHAD MENUNTUT ILMU AGAMA DAN MENDALAMINYA INSYAALLAH.

 

Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan membalasnya di dunia lagi. Itu janji Allah dalam Al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261) Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)



Kami pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah merayu muslimin dan muslimat yang sudi membantu infaq kitab agama bagi kemudahan para pelajar mendapat ilmu tambahan di maahad kami disini. Untuk pengetahuan semua para pelajar kami seramai 40 orang terdiri daripada pelajar asnaf dan juga anak-anak yatim. Ada orang memberi sumbangan atau infaknya untuk pembinaan sebuah masjid. Walaupun nilai yang dilaburkan untuk tujuan itu hanya sebiji batu bata tetapi Allah SWT akan membalasnya dengan sebuah istana di dalam syurga pada hari akhirat kelak atas kejujuran serta keikhlasannya.



Apabila seseorang mendapat nikmat sedekah, dia tidak kisah lagi berapa wang yang dikeluarkan. Ibnu Abbas apabila membicarakan mengenai sifat dermawan, beliau tidak sebut nama-nama sahabat yang mahsyur seperti Uthman bin ‘Affan, Abdul Rahman bin ‘Auf atau Abu Bakar As-Siddiq, sebaliknya menyebut Rasulullah SAW. Para sahabat Rasulullah SAW menyatakan, baginda adalah individu paling dermawan berbanding sahabat lain. Rasulullah SAW apabila bersedekah baginda akan memberikan apa sahaja termasuk pada tubuh badannya.



Contohnya, apabila Rasulullah SAW memakai ridak baru lalu ada orang yang tegur, maka Baginda akan ambil dan meletakkan ridak itu di atas bahu orang yang bertanya berkenaan. Para sahabat sangat mengerti perihal itu. Apabila nabi memakai apa sekalipun mereka tidak akan bertanya, puji atau tegur di hadapannya kerana pasti baginda akan memberikan barang itu. Malah, dalam satu hadis Riwayat Abu Hurairah dinyatakan bagi seorang Muslim yang mantap amalan sedekahnya akan mendapat sanjungan di bumi serta didoakan para malaikat. Manakala bagi yang kedekut dan kikir, mereka didoakan malaikat dengan kemusnahan. Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza’ atas kebaikan dan kemurahan hati muslimin dan muslimat yang sama-sama bantu menyumbang untuk tabung infaq bagi menyediakan kitab-kitab agama buat anak-anak tahfiz di sini. Ingatlah semakin banyak kalian menyumbang ke jalan Allah swt maka semakin banyak pertolongan serta bantuan yang Allah turunkan kepada anda semua insyaallah. Rasulullah SAW bersabda:


"Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkan urusannya di dunia dan akhirat." (Riwayat Ibnu Majah)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 05, 2023

MASTURA BINTI ISMAIL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2023

NORALIZA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat