RAYUAN INFAQ KEBAKARAN BESAR SANDAKAN

Dimulakan pada:
20 Apr, 2026
RAYUAN INFAQ KEBAKARAN BESAR SANDAKAN
3.48%
RM695
/RM20,000
48
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Sandakan ditimpa musibah kebakaran besar hingga seribu rumah musnah dan hampir 9 ribu mangsa terjejas. Ini satu trajedi yang memerlukan sokongan kita semua. Ayuh, infaq sekarang, ringankan beban.

Ketika umat Islam menyambut hari terakhir Syawal, kira-kira 1,000 buah rumah di perkampungan atas air dekat Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan musnah da­lam kebakaran awal pagi 19 April 2026.

Kampung Bahagia ini pernah mengalami kebakaran iaitu dua kali sebelum ini, namun ini merupakan kebakaran paling besar selepas kejadian pada tahun 1994 dan 2001.

Setakat pagi, 20/4/2026, dianggarkan hampir 9,000 orang hilang tempat tinggal akibat rumah mereka hangus dijilat api.

Setakat ini 6 buah PPS telah dibuka, namun maklumat dari sukarelawan kami  di Sandakan mengatakan ramai lagi mangsa belum dikesan dan belum berpindah ke PPS.

Peha kanan dicubit, peha kiri juga terasa sakitnya. Begitu jugalah kita di Semenanjung terasa amat dukacita atas musibah menimpa rakyat kita sendiri di Sandakan.

Oleh itu, PERKIM BTP akan respon kepada kebakaran ini dengan membantu mangsa-mangsa kebakaran di Kg Bahagia, Sandakan. Team kami amat berpengalaman kerana aktif membantu mangsa bencana sejak banjir besar Selangor pada tahun 2021 dan sejak itu terus aktif membantu setiap kali banjir musim monsun di Pantai Timur malah hingga ke Aceh.

Keperluan asas kini adalah makanan panas, air, peralatan sekolah anak-anak, tilam dan banyak lagi. Ayuh, hulurkan infaq seiklas hati sekarang!

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

17 May 2026

Alhamdulillah, pada 16/5/2026 PERKIM BTP telah menguruskan sumbangan plywood dan tiang kayu untuk Kampung Bahagian, Sandakan.

Papan plywood dan tiang kayu ini akan dijadikan sebahagi pelantar untuk 40 buah khemah supaya apabila hujan, air yang memasuki khemah tidak membasahi mereka yang tidak atas pelantar.

Sumbangan anda setakat ini sedikit sebanyak membantu kos logistik dan melalui sumbangan papan dan tiang ini, seramai 800 mangsa kebakaran mendapat manfaat.

Namun di sana terdapat lebih 4,000 mangsa yang masih tinggal dalam khemah. Ayuh teruskan menyumbang.

14 May 2026

Perkembangan terkini di Kampung Bahagia, Sandakan, lebih 5 ribu mangsa kebakaran masih hidup sehelai sepinggan di bawah khemah didirikan oleh NGO dan dibuat sendiri oleh mengsa.

Tinjauan terkini mendapati lagi 3 bulan pun masalah mereka tidak akan selesai kerana status hak milik tanah menyebabkan kerajaan belum membuat keputusan untuk pembinaan semula rumah di tapak kebakaran.

Minggu ini PERKIM akan memberikan sumbangan kayu plywood dan tiang kepada mangsa kebakaran untuk dibuat pelantar tempat tidur. Ini kerana sekarang mereka tidur di atas tanah. Apabila hujan, air masuk ke dalam khemah lalu mereka tidak boleh tidur atas tanah.

Ayuh, ambil keberkatan Jumaat esok kita menyumbang untuk membeli plywood dan tiang dan membantu sebanyak mungkin mangsa kebakaran.

07 May 2026

Perkembangan terkini di Sandakan, semua PPS telah ditutup dan mangsa kebakaran tiada pilihan terpaksa balik ke kampung mereka walaupun rumah sudah hangus. Pihak NGO ada menyediakan khemah sementara untuk mangsa-mangsa yang belum ada khemah atau rumah.

Hasil kerjasama JKKK dan NGO-NGO, dapur komuniti sedang berjalan untuk memasak dan memberi makan kepada mangsa-mangsa kebakaran yang berjumlah hampir 9,000 orang.

Disebabkan kekangan dana, rakan NGO kami di sana hanya mampu masak sarapan sahaja buat masa ini.

Insya Allah, PERKIM BTP bersama rakan NGO yang lain akan menyumbang 500kg beras untuk dapur komuniti di Kg Bahagia, Sandakan.

Rasulullah SAW pernah ditanya oleh sahabat,

“Islam yang manakah paling baik?”

Baginda SAW menjawab:

“Kamu memberi makan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.”

Rujuk: Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim

Oleh itu, ayuh, jangan lepaskan peluang meraih pahala memberikan makan orang yang ditimpa musibah di Sandakan walaupun ramai mereka kita tidak kenal.

23 Apr 2026

Alhamdulillah, hari ini PERKIM BTP telah mengagihkan sumbangan makanan dan air mineral untuk 200 orang mangsa di Sandakan.

Semalam juga 200 mangsa banjir diberikan makanan dan air mineral dengan kerjasama sebuah NGO lain.

Itu sahaja kami mampu lakukan dengan dana yang terhad.

Ayuh bantu kami.

22 Apr 2026

Pada 21/4/2026, rakan kerjasama kami di Sandakan telah melawat Kg Bahagia, Sandakan. Antara laporan beliau adalah keadaan kampung ini bagaikan zon perang, penuh sesak dan 90% kampung ini musnah.

Hanya 1,017 mangsa yang berpindah ke PPS, itu pun 8 PPS sudah penuh sesak. Hampir 8,000 mangsa masih di lapangan, ada yang bina khemah sendiri dengan canvas dan ada yang menumpang rumah yang tidak terbakar.

Atas dasar mereka rakyat Malaysia dan atas dasar kemanusiaan bagi yang bukan rakyat Malaysia, PERKIM BTP dengan kerjasama rakan tempatan akan memberikan makanan panas serta air untuk sekurang-kurangnya 200 mangsa.

Itu sahaja yang termampu buat masa ini.

Ayuh tuan dan puan yang dermawan, bantu Sabah sekarang!

Sabah adalah wilayah Malaysia bukan wilayah Filipina.

Jika anda setuju Sabah adalah wilayah Malaysia, kita rakyat Malaysia perlu ke depan membantu Sandakan yang ditimpa musibah kebakaran terburuk dalam sejarah.

Tiada ruang untuk sentimen merugikan.

Ayuh!

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 30, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 29, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 29, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 28, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 27, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SUMBANGAN BAIK PULIH SEKOLAH
PEMBINAAN MADRASAH UNTUK PELAJAR HAFAZAN AL-QURAN
Kempen Sumbangan Tamat