Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Apr 25, 2024

RAYUAN INFAQ KORBAN UNTUK MUALAF

RM47 / 0.78 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

3 Penyumbang

37 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Tujuan kempen ini adalah untuk membantu PERKIM memberi latihan praktikal sembelihan cara Islam ketika Aidiladha dengan membeli 6 ekor kambing hasil dari infaq anda!


Assalamualaikum wbt. Salah satu ibadah yang paling utama ketika Hari Raya Aidiladha adalah ibadah korban. Ini adalah masa dan waktu yang sesuai untuk memberikan latihan praktikal sembelihan cara Islam kepada para mualaf.




Untuk tahun 2023, PERKIM BTP telah mendapat 2 ekor kambing yang mana telah disembelih ketika Hari Raya Aidiladha di rumah anak yatim, bersama muallaf. Pada tahun 2022 pula, kami dapat menyembelih 1 ekor lembu.



Ramai mualaf masih takut untuk menghadiri ibadah korban kerana tidak biasa melihat haiwan disembelih dan merasakan ini kejam. Mualaf bukan hanya dilatih solat 5 waktu dan puasa sahaja. Mereka juga perlukan pendedahan kepada cara sembelihan Islam kerana ia berkaitan daging yang halal dan haram dimakan.



Dengan adanya latihan praktikal seperti ini, mereka akan faham kita umat Islam melaksanakan apa yang dihalalkan oleh Allah SWT dan tinggalkan apa yang diharamkan-Nya. Kami menyeru untuk anda menyumbang walau RM10, yang mana akan kami kumpul dan membeli 6 ekor kambing. Seekor kambing adalah RM1,200 termasuk kos pengurusan.



Daging korban akan diagihkan kepada asnaf dan mualaf. Sekecil mana pun infaq anda, Allah hanya menilai keikhlasan hati kita bukan jumlah sedekah kita. Jom bantu mualaf faham erti ibadah korban dan hikmahnya. Semoga sedekah anda akan digantikan oleh Allah dengan harta yang lebih baik dan berkat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM12.00

Apr 29, 2024

SALEHUDIN DAN KELUARGA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2024