ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada May 14, 2025

RAYUAN KECEMASAN PASCA PERANG KASHMIR

RM295 / 0.98 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantu bina semula kehidupan di Kashmir, hulurkan sokongan bantuan makanan kepada keluarga miskin, ibu tunggal, dan anak yatim yang kehilangan segalanya akibat konflik India-Pakistan di Kashmir.


Serangan militan di Pahalgam, Kashmir, pada 22 April 2025, menyebabkan satu sumber besar pendapatan penduduk Kashmir, iaitu sektor pelancongan, terkubur!




Susulan itu, India menyerang negara Pakistan kononnya untuk menghapuskan "sarang pengganas" di Pakistan. Ini mengundang tindak balas Pakistan dengan serangan balas.



Mangsa sebenar "serangan di Pahalgam" dan perang susulan antara India - Pakistan adalah penduduk Islam yang tinggal di sempadan Kashmir ditadbir India dan Kashmir ditadbir Pakistan.



Malangnya di Kashmir yang ditadbir India (Jammu dan Kashmir), mereka yang tidak bersalah terus menanggung kesusahan yang tidak terbayang di tengah-tengah kemelut politik yang semakin meruncing dan ekonomi yang semakin merosot.



Rumah penduduk Islam berhampiran sempadan yang dipanggil "LOC" musnah, ramai terbunuh dan mereka terpaksa melarikan diri jauh dari sempadan.



Mereka yang paling menderita adalah mereka yang tidak bersalah, iaitu golongan miskin, ibu tunggal dengan anak yatim, dan majoriti rakyat Kashmir. 



Mereka yang tidak bersalah, yang tidak terlibat dalam keganasan, adalah yang paling menderita.




Marilah kita menunjukkan solidariti kita bersama rakyat Kashmir. Iltizam Relief melancarkan rayuan kecemasan untuk menyediakan bantuan makanan kepada mereka yang paling terjejas. Sumbangan anda boleh membawa bantuan segera kepada mereka yang sedang bergelut untuk bertahan hidup.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 30, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 29, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 28, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 27, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

May 27, 2025

Kempen Sumbangan Tamat