Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Jul 10, 2025

RAYUAN KONGSI BERKAT MERDEKA UNTUK B40

RM1,885 / 18.85 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

71 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh infaq sayur, ikan dan ayam kepada golongan miskin dari kalangan asnaf, mualaf, ibu tunggal yang ada anak-anak yatim pada hari sambutan Merdeka melalui Pasar Percuma Merdeka 6.0 anjuran PERKIM.


Untuk kali ke 6, PERKIM Caw. Bandar Tasik Puteri akan menganjuran Pasar Percuma Merdeka di mana golongan B40 dari kalangan miskin, ibu tunggal yang ada anak yatim, mualaf berbilang kaum boleh mengambil sayur, ikan dan ayam secara percuma pada Hari Merdeka.



Setiap 31 Ogos, PERKIM BTP bersama pemimin tempatan serta rakyat jelata akan sama-sama menyambut Hari Merdeka dengan menyanyikan lagu Negaraku dan mengibarkan Jalur Gemilang di Dataran Putri Central Park, Bandar Tasik Puteri.



Sejurus selepas itu Pasar Percuma Merdeka dibuka. Setiap tahun, kami menyampaikan barang dapur percuma untuk 400 keluarga dengan anggaran 2,000 orang mendapat manfaat.






Justeru, kami memerlukan dana untuk menjayakan Pasar Percuma Merdeka untuk kali yang ke-6.Walau sumbangan anda bernilai sebungkus garam tetap akan membantu program ini. Ayuh, menyumbang seikhlas hati. Semoga Allah memberi kemurahan rezeki kepada para penyumbang yang dermawan.


"Bersama Kita Kongsi, Bersama Kita Merdeka"


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 10, 2025

Kempen Sumbangan Tamat