PERTUBUHAN IHSANKU MALAYSIA

Dimulakan pada Nov 10, 2025

RAYUAN MUSIM SEJUK SAUDARA MUSLIM KITA DI BUMI SYAM

RM270 / 0.54 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

12 Penyumbang

44 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

IhsanKu Malaysia dengan kerjasama Syria Care telah menggerakkan Kempen Rayuan Musim Sejuk 13.0 – WinterAid & Warm Their Winter. Melalui kempen ini, disasarkan 80,000 pelarian di Bumi Syam akan dibantu


Khas untuk dermawan yang kasih dengan saudara Muslim 


Lebih 10 Juta Saudara Kita di Bumi Syam (Palestin, Syria & Lubnan) Bakal Berdepan Cuaca Sejuk Ekstrem yang Mengancam Nyawa


Mereka amat menagih bantuan daripada anda sekarang! 


Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Seorang muslim adalah saudara terhadap muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah akan melaksanakan hajatnya.” (HR Bukhari)


Setiap tahun, musim sejuk di Palestin, Syria dan Lubnan menjadi ujian yang paling getir buat pelarian. Suhu yang mencecah -5°C bukan sekadar menggigilkan tubuh, tetapi meragut nyawa anak kecil, warga emas, dan ibu tunggal yang kehilangan tempat bergantung.


Tanpa pakaian tebal, tanpa pemanas, tanpa dinding kukuh dan paling tragis khemah mereka bocor diserang salji. Hidup dalam kesejukan melampau, mereka hanya mampu bertahan dengan doa dan sumbangan kita.


“Kami tidur berpeluk, bukan kerana kasih tapi untuk berkongsi sedikit haba,” - Amina, pelarian Syria di Lubnan.



 MUSIM SEJUK BUKAN LAGI MIMPI NGERI, TAPI REALITI YANG TERPAKSA MEREKA HADAPI 


Musim sejuk yang terpaksa saudara kita hadapi di sana bukanlah seperti keseronokan yang biasa kita tonton di kaca TV. 


Cuba kita bayangkan? Dalam keadaan suhu yang ekstrim angin yang dingin, mereka tidak mempunyai baju sejuk, selimut tebal, pemanas, bahan bakar, stokin, topi dan keperluan asas yang harus mereka miliki.


 
KENAPA PERLU BANTU PELARIAN PALESTIN, SYRIA DAN LUBNAN? 


Musim sejuk yang bakal mereka tempuhi ini bukanlah suatu pilihan. Mahu atau tidak inilah realiti yang bakal mereka tempuhi. Diancam dengan peluru dan bom, kini mereka terpaksa bertarung nyawa dengan kesejukan.


Dengan suhu jatuh ke sejuk beku, tahukah anda masih ramai berteduh di rumah rosak, khemah usang, atau tempat perlindungan yang tak mampu menahan dingin. Kanak-kanak menggigil tanpa pakaian tebal, ibu bapa berjuang menyediakan makanan hangat, dan ramai kekurangan selimut atau pemanas. Musim ini menjadi antara penderitaan yang mengancam nyawa mereka yang paling lemah.



Suasana Musim Sejuk di Palestin


Justeru, kita tanyakan pada diri, apa usaha yang mampu kita lakukan untuk membantu mereka? Apa bantuan yang mampu kita hulurkan pada mereka?


Atas dasar tanggungjawab, ihsan dan kasih sayang sesama insan, Pertubuhan IhsanKu Malaysia dengan kerjasama Syria Care telah menggerakkan Kempen Rayuan Musim Sejuk 13.0 – WinterAid & Warm Their Winter. Melalui kempen ini, disasarkan 80,000 pelarian di Bumi Syam iaitu Palestin, Syria serta Lubnan yang akan dibantu.



 BANTUAN YANG AKAN DISAMPAIKAN 


1. Bahan Bakar (birin iaitu hampas zaitun dan minyak diesel)

2. Pek Makanan sedia dimakan

3. Winter Aid Kit (Ubat-ubatan)

4. Pakaian (baju tebal, topi, mafla)

5. Stoking dan kasut

6. Alat Pemanas

7. Selimut Tebal



Sejak 2021, Pertubuhan IhsanKu Malaysia dan Syria Care telah menyalurkan bantuan musim sejuk ke wilayah konflik di Bumi Syam. Ribuan keluarga telah menerima manfaat daripada agihan ini. 


“Terima kasih rakyat Malaysia. Anak-anak saya akhirnya boleh tidur lena dengan selimut baru.” - Um Ahmad, Pelarian Syria, Idlib.


“Kami menyaksikan sendiri bantuan dari Ihsanku & Syria Care tiba ke kawasan terpencil. Ia benar-benar memberi sinar kepada mereka.” - Sukarelawan Lapangan Syria Care.


 IHSAN ANDA, SOLIDARITI BUAT MEREKA 


Sumbangan yang dihulurkan bukan hanya dapat membantu pelarian Syria, Palestin & Lubnan menghadapi musim sejuk, tapi ianya juga mampu menyelamatkan nyawa mereka menempuh ranjau ini.


Ayuh kita menyumbang, kita sampaikan mesej kemanusiaan dan harapan buat saudara-saudara se-Islam kita!

“Sedekah itu tidaklah akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.”
(Hadis Riwayat Muslim : No 4689)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 11, 2025

SITI SARAH ABU BAKAR

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 11, 2025

RAMLAN JINAL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 11, 2025

NOORATIKA BINTI ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 11, 2025