ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Feb 29, 2024

RAYUAN SEDEKAH RAMADHAN UNTUK ASNAF BERBUKA PUASA

RM350 / 1.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen kami bertujuan untuk menyediakan bakul makanan untuk golongan sasaran supaya mereka berbuka puasa sebulan Ramadhan dan anda dapat pahala sama seperti mereka.


Kesan Covid-19 dari tahun 2020 hingga 2022 masih terasa hingga kini. Selepas endemik, kita menarik nafas lega apabila kita sudah boleh kembali mencari rezeki seperti biasa. Namun, beberapa isu global dan nasional, menyebabkan ekonomi kita terus merundum, nilai ringgit jatuh, inflasi naik dan harga barang pun naik.



Sedekah Sebulan, Kesannya Sepanjang Hayat!



Makanan ruji kita ialah beras, harga melambung sekali ganda kononnya akibat kekurangan beras tempatan. Bukan itu sahaja, telur, minyak masak dan hampir semua barang makanan asasi naik harga.



Tekanan ini amat terasa kepada golongan miskin, ibu-ibu tunggal miskin, penoreh getah, nelayan, pesawah dan semua golongan B40 berpendapatan rendah. Malah, ada M40 yang turut terkesan.



Sejak tahun 2013, Iltizam Relief Society mengenal pasti golongan ini dan memberikan bakul makanan Ramadhan.



Untuk tahun ini, kami telah mengenal pasti 740 keluarga di Baling, Sik, Sekinchan, Sg Pelek, Shah Alam, Keningau, Sandakan, Pulau Nunuyan Laut (Sabah), dan Tanah Merah (Kelantan).



Bolehkah anda membantu kami sekurang-kurangnya untuk 200 bakul makanan untuk Ramadhan ini?


Dengan sumbangan seikhlas hati, anda akan memberi makan untuk orang berpuasa dan anda juga mendapat pahala yang sama seperti orang itu, tanpa mengurangkan pahala puasa anda dan pahala puasa orang itu. Ayuh, kita sedekah sekarang.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 01, 2024

ABD AZIZ MOHAMED

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 28, 2024

ABD AZIZ MOHAMED

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 22, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 12, 2024

Kempen Sumbangan Tamat