ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Mar 31, 2022

RAYUAN RAMADHAN UNTUK B40

RM385 / 1.93 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Rayuan Sedekah Ramadhan untuk membantu misi kami menyampaikan sumbangan kepada miskin B40 di Kudat, Sabah yang masih dibelengu dengan kesukaran kerana Covid-19 dan kebakaran rumah baru-baru ini.


Rayuan Sedekah Ramadhan ILTIZAM tahun ini adalah khas untuk membantu mereka yang miskin, anak-anak yatim dan ibu tunggal khususnya mereka yang baru sahaja menerima musibah banjir besar, kebakaran dan lain-lain musibah di tengah-tengah pandemik Covid-19 masih mengganas.


Pandemik Covid-19 dengan varian Omicron pula memaksa beribu rakyat Malaysia untuk berkurung dan menjejaskan pendapatan sebahagian B40 miskin. Bagai jatuh ditimpa tangga, Ramadhan ini akan menjadi suram tanpa perhatian dari kita.




Hulurkan Sedekah Ramadhan anda untuk kami membantu sebahagian golongan yang memerlukan ini supaya mereka boleh menyambut Ramadhan ini sama seperti yang lain. Sabda Nabi s.a.w: "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan" (HR At-Tirmidzi)


Sabda Nabi s.a.w lagi: “Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, dia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR At-Tirmidzi, hasan sahih)


Antara tempat sumbangan akan disampaikan ialah di Kudat, Sabah. Sumbangan Ramadhan ini akan disampaikan dalam bulan Ramadhan apabila dana telah cukup. Namun fokus kempen ini adalah untuk Kudat, Sabah. Di sini terdapat ramai orang Islam yang miskin hidup dikelilingi orang Kristian, yang turut terjejas kerana Covid-19 dan kebakaran yang besar baru-baru ini di Landung Ayang, Kudat. Kami pernah menghantar sumbangan di Landung Ayang pada tahun lalu.



Hulurkan sedikit sumbangan anda untuk meringankan beban mereka yang memerlukan. Walaupun hanya RM10, pasti membawa keceriaan apabila mereka tahu saudara seagama mereka ambil tahu hal mereka.




Nota: Dahulu kami dikenali sebagai Al-I'tisam Relief Program

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NAJIHAH ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 28, 2022

NAJIHAH ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 19, 2022

Kempen Sumbangan Tamat