Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada May 26, 2023

RAYUAN SEDEKAH DAGING KORBAN

RM50 / 0.89 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,600

4 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh bantu PERKIM kumpul dana untuk membeli walau seekor lembu untuk disembelih pada Hari Raya Korban sambil melatih muallaf faham erti ibadah korban dan turut terlibat aktiviti korban!


Harga pakej korban semakin mahal sehingga ramai tidak mampu berkorban. Muallaf miskin apatah lagi. Namun, yang menjadi kebimbingan kami ialah ramai muallaf belum ada pendedahan kepada ibadah korban dan tidak menyedari kepentingannya.




Ramai juga yang takut menghadiri ibadah korban kerana tidak biasa sebelum memeluk Islam, khususnya mereka yang agama lama mereka melarang sembelih lembu atau apa-apa haiwan. Tahun 2022 yang lalu, PERKIM BTP telah menyembelih seekor lembu dan ramai muallaf telah menyaksikan ibadah ini dan lebih faham mengenai ibadah korban.



Kami terpanggil untuk meneruskan initiatif ini. Sasaran kami, hanya seekor lembu. Namun, jika direzekikan dapat lebih, syukur alhamdulillah. Kami membuka peluang untuk anda menghulurkan Sedekah Daging Korban, tidak kira anda sedekah RM10, RM20, RM50 atau sebagainya yang mana wang terkumpul akan kami beli seekor lembu dan sembelihnya pada Hari Raya Aidiladha nanti  disaksikan dan disertai oleh para muallaf.




Sekecil mana pun sedekah anda, Allah hanya menilai keikhlasan hati kita bukan jumlah sedekah kita. Jom bantu muallaf faham erti ibadah korban dan hikmahnya. Semoga sedekah anda akan digantikan oleh Allah dengan harta yang lebih baik dan barakah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 30, 2023

Kempen Sumbangan Tamat