ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Apr 25, 2024

RAYUAN SEDEKAH KORBAN UNTUK MALAYSIA

RM60 / 0.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM12,000

6 Penyumbang

39 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan untuk anda menyumbang melalui sedekah korban serendah RM10 yang mana dana terkumpul nanti akan dibeli lembu dan disembelih ketika Aidiladha dan diagihkan kepada miskin pedalaman.


Konsep dipegang oleh Iltizam Relief Society dalam menganjurkan program ibadah korban ialah mencari lokasi yang mana penduduknya bukan sahaja miskin, malah jarang-jarang dapat menjamah daging segar, khususnya daging lembu atau kambing.



Kongsi Keberkatan Zulhijjah Dengan Sedekah Korban!


Justeru itu, Iltizam Relief memilih kawasan pedalaman di daerah termiskin di Malaysia. Kali ini sasaran kami adalah kampung pedalaman di daerah Sik (Kedah) dan di daerah Kota Marudu (Sabah).




Bulan Zulhijjah juga bulan yang penuh keberkatan, maka sama-samalah kita manfaatkannya untuk mendekatkan diri kepada Tuhan kita dengan menyembelih korban.



Ramai ingin menyertai korban, namun, tidak mampu menyumbang walau satu bahagian. Itulah tujuan kami buka kepada anda untuk sedekah korban.



Apa itu sedekah korban?

Sedekah korban ialah anda menyumbang serendah RM10 atau semaksima yang anda mampu kepada Iltizam Relief Society. Dana terkumpul ini akan kami beli lembu mengikut jumlah terkumpul, termasuk kos pengurusan.



Lembu-lembu ini akan kami sembelih pada Hari Raya Aidilfitri atau dalam tempoh hari-hari tasyrik di pedalaman Malaysia. Walaupun ini tidak dikira daging korban, tapi hasrat kita memberikan daging segar tetap tercapai. Ayuh, sedekah sekarang serendah RM10.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 03, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 28, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024