MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Feb 24, 2023

RAYU BANTUAN PEMBINAAN DAPUR MASAK MAAHAD TAHFIZ

RM902 / 9.02 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

46 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PIHAK MAAHAD MEMOHON SUMBANGAN PEMBINAAN DAPUR MEMASAK. BANTU WUJUDKAN FASILITI YANG SELESA BAGI KEMUDAHAN PELAJAR TAHFIZ.


Dapur merupakan ruang dan bahagian yang penting di sebuah rumah, pejabat ataupun sekolah apatah lagi apabila menjelangnya  puasa di bulan Ramadan. Apabila tibanya Ramadan aktiviti memasak giat dilakukan untuk menggembirakan semua umat islam yang akan berbuka puasa dan juga bersahur. 



Ruangan dapur di tapak bangunan tahfiz yang baharu masih dalam tempoh pembinaan dan belum sempurna. Pihak Maahad masih kekurangan dana bagi membina ruang dapur memasak yang kami dambakan. Sehubungan itu, pihak maahad mengadakan kempen bagi untuk memohon sumbangan daripada muslimin muslimat bagi mewujudkan ruang dapur yang sederhana bagi menyediakan hidangan harian untuk memenuhi keperluan harian anak-anak tahfiz. 



Ruang dapur ini kelak akan dimanfaatkan untuk memasak kepada 60 orang pelajar-pelajar tahfiz yang menuntut ilmu di sini. Selain itu, dengan kehadiran dapur memasak ini juga memudahkan tukang masak memasak, menyimpan peralatan masak dan juga bahan-bahan masak yang kering serta basah. Dapur yang baik dalam Islam haruslah diletakkan dibahagian yang paling dalam atau diposisi yang paling belakang agar tidak terlihat oleh para pelajar atau tetamu yang datang berkunjung. Anggaran kos bagi membina dapur yang selamat dan selesa di tapak bangunan maahad yang baharu adalah RM10,000. 

 


Mari bersama pihak maahad membangunkan dapur masak yang terbaik  untuk anak-anak soleh yang menuntut ilmu di sini. Terlalu banyak manfaat dengan bersedekah antaranya membuatkan kita berasa tenang dan lapang apabila kita bantu menggembirakan insan yang memerlukan. Kegembiraan penerima manfaat ini akan menghiasi hari-hari para penyumbang setiap kali anak-anak tahfiz ini berdoa. 



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada para dermawan yang memberi sumbangan untuk pembangunan dapur maahad. Dengan bersedekah,dapat melatih jiwa untuk cintakan akhirat. Hal ini kerana apabila bersedekah, kita asyik teringatkan untuk membuat amal jariah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin kuat rasa cinta kita untuk membuat kebaikan. Yakinlah di akhirat kelak, Allah SWT menyediakan tempat khas yang terindah buat hambaNya yang selalu bersedekah.


“Katakanlah, “Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya.” Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik.” (S.Saba: 39)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM12.00

Feb 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat