MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 22, 2022

RAYU INFAQ DANA PENDAWAIAN ELEKTRIK PELAJAR TAHFIZ ASNAF MISKIN

RM1,570 / 5.94 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM26,450

85 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH MANFAATKANLAH HARTA KE JALAN ALLAH DENGAN SEDEKAH INFAQ PENDAWAIAN ASRAMA TAHFIZ KEPADA ANAK-ANAK TAHFIZ. SEDEKAH ADALAH AMALAN YANG MUDAH DAN PAHALANYA BERTERUSAN.


Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera kepada muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah SWT. Saya mewakili ajk maahad merayu sumbangan daripada muslimin dan muslimat untuk sama-sama membantu pihak maahad kami disini untuk membayar dan membiayai perbelanjaan pendawaian elektrik asrama  maahad yang masih belum mencukupi. Maahad kami disini seperti maahad-maahad tahfiz yang lain juga kekurangan sudut dana untuk pembangunan yang mana kebanyakannya diperolehi daripada sumbangan orang ramai dan Ngo terlibat. 



Agama Islam adalah sebuah agama yang berempati. Hanya dengan bersedekah, kita dapat sama-sama memahami susah payah orang yang sedang menghadapinya. Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:


ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا


Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)


Walaupun secara literalnya apabila anda bersedekah anda mengeluarkan duit, tetapi percayalah Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih berharga.



Anda akan mendapat pulangan rezeki yang tak terjangka asalkan anda luaskan pandangan anda kepada konsep rezeki. Setiap apa yang dapat akan kelihatan seperti rahmat daripada bersedekah seperti kenalan yang baik, kesihatan dan rezeki lainnya. Kita cuma perlu percaya kepada janji Allah kerana harta adalah salah satu material yang dicintai manusia. Tidak hairanlah apabila seseorang itu bersedekah, ia adalah bukti keimanan kepada Allah. Cinta kepada Allah melebihi sayang kepada harta. Malah dalam surah Ali Imran ayat 92 yang bermaksud:


“Kalian tidak akan mendapatkan kebaikan, sampai kalian infakkan apa yang kalian cintai.” 


Ini sahaja cukup menunjukkan Allah sayang kepada hambanya yang bersedekah. Malah akan dijanjikan kebaikan setelah bersedekah.



Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah telah diasaskan oleh Ustaz Suhaimi Bin Din bermula di Pondok Ayer Hitam Kedah pada tahun 2009. Sejak kewujudan maahad ini suasana agama pengajian di zaman Tuan Guru Haji Abu Bakar Palestain telah wujud kembali. Dengan wujudnya pelajar yang datang belajar dari pelbagai tempat seluruh pelusuk negara dan luar negara. Pengurusan pentadbiran telah diuruskan sepenuhnya oleh Ustaz Suhaimi sebagai mudir maahad.



Di awal kewujudan, maahad ini hanya bergerak dengan mempunyai bilangan pelajar seramai 18 orang dari Negara Kemboja dan 7 orang dari Malaysia. Sepanjang pergerakan dan penglibatan, maahad ini telah melahirkan seramai 100 orang pelajar telah tamat khatam 30 Juzuk Al-Quran. Sehingga kini, maahad telah mempunyai 40 orang pelajar terdiri daripada Negara Thailand, Indonesia dan Malaysia. Alhamdulillah dengan izin dan kurnianya serta berkat pengorbanan saudara Islam keseluruhan, maahad in masih dapat bergerak dan dapat berkembang walaupun dalam keadaan serba kekurangan.



Untuk makluman Tuan/Puan, maahad kami disini telah berpindah operasi pada bulan Ogos 2016 daripada Pondok Ayer Hitam Kedah ke Lot 121, Kampung Seberang Pekan Minggu Lama Ayer Hitam, Kedah. Di atas tujuan untuk memantapkan lagi urusan pentadbiran maahad untuk melahirkan generasi Al-Quran yang beramal dengan tuntutan Al-Quran.


Oleh itu, terdapat beberapa perbelanjaan untuk pendawaian elektrik bagi membolehkan maahad tersebut mula digunakan sepenuhnya. Akhir kata, pihak maahad ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi terhadap sumbangan-sumbangan yang telah diberikan dari pihak perseorangan dan juga agensi-agensi berkaitan.



ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة


Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”

(Riwayat al-Bukhari)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 08, 2023

Kempen Sumbangan Tamat