MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jan 06, 2023

RAYU SUMBANGAN INFAQ KOS OPERASI TAHFIZ ASNAF

RM1,095 / 7.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

63 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

HANYA DENGAN SERENDAH RM10 BOLEH MENGHANTARKAN KALIAN KE SYURGA. AYUH BANTU INFAQ BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI BULANAN TAHFIZ ASNAF DAN DAIF INI.


Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah adalah sebuah pusat tahfiz sepenuh masa yang mempunyai seramai 40 orang pelajar lelaki dan di bantu oleh 8 orang kakitangan termasuk guru, tukang masak, kerani dan sebagainya. Selain itu, bagi pelajar yang terdiri daripada asnaf dan anak-anak yatim tiada yuran dikenakan dan semuanya adalah percuma dan ditanggung pihak maahad melalui sumbangan orang ramai. Kos operasi dan pengurusan maahad setiap bulan ialah RM15000.



Sehubungan itu, dengan berkat hari yang istimewa penghulu segala hari kami merayu sumbangan infaq kos operasi tahfiz ini daripada muslimin dan muslimat sekalian. Bantu ringankan beban pihak maahad bagi menampung kos operasi ini agar setiap pelajar tidak kira apa latar belakang pun mereka mendapat hak mereka untuk menuntut ilmu mempelajari Al-Quran seterusnya menjadi insan yang bermanfaat untuk Islam kelak.



Salah satu akhlak seorang mukmin, iaitu dermawan. Allah dan Rasul-Nya memerintahkan kita bahkan memberi contoh kepada umat Islam agar menjadi orang yang dermawan serta pemurah. Ketahuilah bahawa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah SWT, sebagaimana hadis:


‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها


“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk” (HR Baihaqi)



Daripada hadis di atas, dapat kita fahami bahawa sifat kikir dan bakhil adalah akhlak yang buruk dan bukanlah akhlak seorang mukmin sejati, malahan Allah membenci sifat sedemikian. Mari jauhkan sifat bakhil daripada diri kita dan jadikan amalan memberi infaq dan pertolongan kepada yang memerlukan ini sebagai rutin dalam kehidupan sehingga ke hujung usia kita.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas segala jasa baik dan kemurahan hati para dermawan sudi menghulurkan dana infaq bagi menampung bebanan kos operasi yang ditanggung pihak maahad. Bergabunglah bersama pihak maahad dalam membantu usaha mulia ini bagi melahirkan generasi Qurani dan bertaqwa. Ianya adalah satu projek yang menguntungkan dan juga ladang pahala buat para penyumbang di akhirat kelak. InsyaAllah.


“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad: 7)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 17, 2023

MOHD HAFIZ ISMAIL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM40.00

Jan 12, 2023

MOHD HAFIZ ISMAIL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 12, 2023

Kempen Sumbangan Tamat