MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Nov 16, 2022

RAYU SUMBANGAN MEMBINA TANDAS SURAU NURUL HIDAYAH

RM1,140 / 19.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

43 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI BERSEDEKAH UNTUK MEMBAIK PULIH TANDAS SURAU NURUL HIDAYAH UNTUK KEGUNAAN ANAK-ANAK TAHFIZ DAN WARGA TEMPATAN. JADIKAN SEDEKAH JARIYAH AMAL YANG DAPAT MENYELAMATKAN KITA DI AKHIRAT KELAK.


Sabda Rasulullah SAW “Kebersihan adalah tanda keimanan” (HR Muslim)


Rasulullah SAW mendidik umatnya betapa pentingnya menjaga kebersihan kerana tujuan hidup manusia adalah untuk beribadat kepada Allah SWT. Tidak kira di mana pun kita berada baik di masjid, di rumah, di pejabat, di sekolah dan lain-lain menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk sentiasa dalam keadaan bersih dan suci. Kebersihan adalah tanda keimanan dan bersuci merupakan perkara penting dalam kehidupan seorang muslim kerana ia punca atau asas penerimaan segala amal ibadat.




Surau Maahad Tahfiz Nurul Hidayah ini sangat usang dan terdapat banyak kerosakan. Oleh itu, pihak maahad memerlukan sumbangan daripada muslimin dan muslimat untuk membina serta membaik pulih tandas. Selain anak-anak tahfiz, warga tempatan di Pekan Ayer Hitam berdekatan turut datang ke surau daif ini untuk menunaikan solat fardhu berjemaah. Tandas yang sedia ada sekarang ini sudah tidak selesa lagi kerana ada banyak kerosakan dan usang. Pihak maahad dalam proses membina tandas-tandas baru demi keselesaan para pelajar dan warga tempatan namun kami masih kekurangan dana untuk membaikpulih tandas tersebut.



Sehubungan itu, dengan sedikit harta yang Allah SWT anugerahkan kepada Tuan/Puan salurkanlah menjadi ladang pahala agar pihak maahad dapat menyediakan tandas yang selesa untuk kemudahan anak-anak tahfiz bersuci dan beristinjak. Menyumbanglah hari ini tanpa bertangguh, semoga dikembalikan balasan bersedekah ketika dunia semakin menghampiri penghujungnya dan balasan yang lumayan menanti di akhirat kelak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 01, 2022

Kempen Sumbangan Tamat