DANA PENGURUSAN OPERASI BUAT ANAK YATIM DAN ASNAF NUR SYAHEERA

RM187,630 / 93.82 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM200,000

5999 Penyumbang

247 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kutipan dana ini bertujuan bagi meringankan beban kami yang mana sangat terkesan dengan kenaikan harga barang mentah yang sangat tinggi. Jom bantu kos operasi Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera.


Rumah Bakti Nur Syaheera ini diilhamkan oleh jawatankuasa bagi mewujudkan sebuah rumah yang lebih sempurna bagi menempatkan yatim dan miskin. Memandangkan di kawasan ini terdapat ramai anak yatim dan miskin, maka satu jawatankuasa dibentuk bagi menjayakan hasrat ini.



Setelah mendapat kata sepakat, maka pada 7 Mei 2009, jawatankuasa bersetuju menamakan pertubuhan ini dengan nama Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur dan menamakan rumah anak yatim dan miskin ini dengan nama Rumah Bakti Nur Syaheera.




Pertubuhan ini telah mendapat pengesahan pendaftaran daripada Jabatan Pertubuhan Pendaftar Malaysia (JPPM) pada 1 Julai 2009 dengan No. Pendaftaran 1379-09-WKL. Setelah itu, dua buah rumah telah disewa beli bagi menempatkan semua anak ini dan sebuah rumah kediaman warden dan stor penyimpanan barang.



Sehingga hari ini, seramai 30 orang anak-anak yatim dan miskin lelaki dan perempuan telah ditempatkan di sini. Bilangan ini akan ditambahkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan. 



Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera sememangnya tidak mempunyai pendapatan atau sumber kewangan yang tetap setiap bulan. Sumber kewangan yang ada hanyalah diperoleh daripada sumbangan ahli sukarela pertubuhan dan juga dari penyumbang yang ikhlas dari orang ramai yang telah berkunjung ke Pertubuhan. Kos operasi pertubuhan setiap bulan agak tinggi dan ketiadaan sumber pendapatan sering kali menganggu program serta aktiviti yang ingin dijalankan.



Demi merealisasikan objektif pertubuhan ini kami memerlukan kerjasama dan keprihatinan semua pihak. Oleh itu, kami berharap keprihatinan masyarakat sekeliling serta badan-badan koperat agar dapat menghulurkan sumbangan dan bantuan demi untuk memastikan anak-anak yang kurang bernasib baik ini terbela dan seterusnya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta berguna untuk agama, bangsa dan negara. InsyaAllah. Aamiin.



لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ


“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah Ali Imran, ayat 92)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 27, 2024

AL JAZULI ENTERPRISE (LA0023817-D)

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 27, 2024