Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR SYAHEERA KUALA LUMPUR
Dimulakan pada Nov 06, 2024
RM88,743 / 44.37 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM200,000
4626 Penyumbang
43 Baki Hari
Rumah Bakti Nur Syaheera mengharapkan bantuan serta sokongan daripada semua pihak untuk terus kukuh menjaga kebajikan 25 orang anak-anak yang kurang bernasib baik.

Rumah Bakti Nur Syaheera ditubuhkan untuk membantu anak-anak yatim dan asnaf. Anak-anak ini datang dari pelbagai latar belakang, pengalaman dan sejarah hidup yang perit. Keperitan hidup yang dilalui oleh sebahagian daripada mereka terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.


Pertubuhan ini telah mendapat pengesahan pendaftaran daripada Jabatan Pertubuhan Pendaftar Malaysia (JPPM) pada 1 Julai 2009 dengan No. Pendaftaran 1379-09-WKL. Setelah itu, 2 buah rumah telah disewa dan 1 buah telah dibeli bagi menempatkan semua anak ini dan sebuah rumah kediaman warden dan stor penyimpanan barang.


Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera sememangnya tidak mempunyai pendapatan atau sumber kewangan yang tetap setiap bulan. Sumber kewangan yang ada hanyalah diperoleh daripada sumbangan ahli sukarela pertubuhan dan juga dari penyumbang yang ikhlas dari orang ramai yang telah berkunjung ke Pertubuhan. Kos operasi pertubuhan setiap bulan agak tinggi dan ketiadaan sumber pendapatan seringkali menganggu program serta aktiviti yang ingin dijalankan.



Demi merealisasikan objektif pertubuhan ini, kami memerlukan kerjasama dan keprihatinan semua pihak. Oleh itu, kami berharap keprihatinan masyarakat sekeliling serta badan-badan korporat agar dapat menghulurkan sumbangan dan bantuan demi untuk memastikan anak-anak yang kurang bernasib baik ini terbela dan seterusnya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta berguna untuk agama, bangsa dan negara.



“Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.”
(Surah Al-Baqarah: 220)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 25, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 25, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 25, 2024
MAHADI MUSTAFFA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 25, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 24, 2024