YAYASAN ANGKASA

Dimulakan pada Jan 26, 2023

SEDEKAH JUMAAT BULAN REJAB

RM360 / 12.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala di bulan Rejab ini bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan dengan bersedekah serendah RM10 sahaja. Ayuh kita semua bantu mereka!


Rejab adalah salah satu bulan haram (suci dan mulia) sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman berkaitan bulan haram ini yang bermaksud:


"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, ada di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah bersama orang yang bertakwa." (Surah at-Taubah: 36)



“Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.”



Marilah kita berkongsi rezeki kepada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi yang terdiri daripada golongan B40 dan kurang berkemampuan seluruh negara di bawah tajaan Yayasan ANGKASA yang akan menerima manfaat melalui bantuan kewangan. Kami mensasarkan pelajar yang kurang berkemampuan dan InsyaAllah mereka akan dapat menerima manfaat ini. Subhanallah, alangkah berkahnya! Ini adalah panggilan Allah. Ayuh, inilah masanya untuk menyebarkan kebaikan dan akan menjadi simpanan di dunia dan akhirat.




Yayasan ANGKASA mendoakan saudara-saudari dan sekeluarga agar Allah menerima dan meninggikan darjat segala jenis ibadah yang dilakukan oleh kita pada bulan ini. Khususnya sedekah yang diberikan. Semoga Allah menerima segala ikhtiar yang diusahakan untuk mendapatkan rahmatNya. Sungguh, Allah jua lah yang akan menggantikan segala kebaikan yang anda sekeluarga berikan. Semoga Allah memakbulkan doa, perlindungan, kebahagiaan, kemudahan dan melancarkan rezekimu dan keluarga.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jan 28, 2023

Kempen Sumbangan Tamat