MUSOLLA JABAL NUR

Dimulakan pada Nov 15, 2022

SUMBANGAN PEMBINAAN SURAU JABAL NUR FASA PERTAMA

RM3,525 / 7.05 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

227 Penyumbang

338 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini dibuat untuk fasa pertama bagi menampung kos yang sedia ada untuk yuran perkhidmatan perunding serta kebenaran merancang pelan pembangunan surau. Jom bantu kami!


Assalamualaikum para dermawan kami harap dengan bantuan Tuan dan Puan, kami dapat menjalankan fasa ini. Kami mahu merealisasikan fasa permulaan untuk mengupah pereka pelan dan mendapatkan laporan cadangan pemajuan. 



Kali ini kami memerlukan dana bagi meneruskan yuran perkhidmatan perunding. Seterusnya, proses pembinaan akan dimulakan di tanah tersebut dengan menentukan arah kiblat terlebih dahulu seterusnya membina surau di tempat tersebut. Tujuan pembangunan surau ini perlu dicepatkan agar tanah yang telah digazetkan sebagai surau tidak diganggu oleh pihak lain untuk kali kedua.



Kami juga telah mendapatkan tandatangan dan ulasan daripada pihak masjid untuk pendaftaran pembinaan surau. Kami mahu mengupah pereka pelan untuk mendapatkan pelan berikut:


1. Pelan Bangunan/Perspektif/3D

2. Pelan Aras

3. Pelan Susunatur

4. Mendapatkan Laporan Cadangan Pemajuan


Berikut juga disertakan gambaran kasar yang dibuat oleh JK Pembangunan.




Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda mengenai keutamaan dan kelebihan membina masjid:


عن جابر بن عبدالله، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من بنى مسجدا لله، كمفحص قطاة، أو أصغر، بنى الله له بيتا فى الجنة. {رواه الإمام ابن ماجه}


Daripada Jabir bin Abdullah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda siapa yang membina masjid kerana Allah sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 26, 2022

RAGAYAH AHMAD

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 25, 2022