ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 24, 2024

SEDEKAH JUMAAT MENYOKONG RENOVASI RUMAH WARGA EMAS

RM0 / 0.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

0 Penyumbang

98 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh sokong projek renovasi rumah untuk warga emas dan asnaf yang membutuhkan bersama ASAR Humanity.


Baru-baru ini, pasukan ASAR Humanity telah berhasil menyalurkan bantuan renovasi dapur untuk Nenek Norma, seorang warga emas yang terpaksa tinggal di rumahnya yang bocor selama 10 tahun. Setiap musim hujan, Nenek Norma tidak dapat menggunakan dapurnya kerana air masuk melalui atap yang bocor, membuat kondisi hidupnya semakin sulit.



Dengan keadaan yang semakin menyedihkan, Nenek Norma tidak mampu menanggung biaya baik pulih rumah. Beliau juga harus membesarkan ketiga cucunya, yang turut menambah beban kehidupannya. Kini, berkat dana dari dermawan yang budiman melalui ASAR Humanity, dapur rumah Nenek Norma sudah direnovasi dan tidak lagi bocor.



Kami memerlukan dukungan anda untuk meneruskan projek renovasi rumah lainnya. Donasi yang terkumpul akan digunakan untuk membeli material bangunan seperti simen, batu, pasir, dan sewa tukang. Mari kita bersama-sama memberikan harapan dan membantu warga emas yang membutuhkan seperti Nenek Norma, agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.



Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 261:


"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui."



Setiap dana yang anda salurkan akan digunakan untuk membeli material bangunan seperti simen, batu, pasir, dan membayar upah tukang. Mari bersama-sama kita berinfaq untuk membantu mereka yang memerlukan rumah yang layak. Sumbangan kecil daripada kita mungkin menjadi harapan besar bagi mereka.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan