ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Dimulakan pada Jan 23, 2024

TAJAAN PEK MAKANAN BULAN RAMADAN UNTUK KELUARGA YANG MEMERLUKAN

RM10 / 0.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

1 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ribuan keluarga mengharapkan bantuan anda untuk menempuh bulan puasa. Sumbangan anda sedikit sebanyak memberi seribu satu makna kepada mereka.


Bulan yang dinanti-nantikan umat Islam bakal tiba tidak lama lagi. Bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan rahmah dan barakah dirindui oleh jutaan umat Islam di seluruh dunia. Pelbagai jenis aktiviti dijalankan untuk menyambut ketibaan bulan Ramadan. Begitulah gembiranya umat Islam ternantikan-nantikan bulan mulia ini setiap tahun.



Tetapi, tidak semua orang dapat merasai kegembiraan menyambut bulan Ramadan, kerana ada di antara mereka yang kurang bernasib baik disebabkan oleh pelbagai faktor seperti masalah kesihatan, masalah ekonomi, peperangan dan bencana alam. Keadaan ini menyebabkan mereka menghadapi kesulitan, kehilangan tempat tinggal, dan terpaksa berhadapan dengan keperitan hidup sehari-hari.


Tahun ini seperti tahun-tahun yang lepas, Islamic Relief Malaysia meneruskan program meringankan bebanan mereka yang kurang berkemampuan dengan menyediakan juadah berbuka dan bersahur ketika bulan Ramadan. Kami menyasarkan 10 buah negara yang terdiri daripada Malaysia, Palestin, Syria, Yaman, Lubnan, Afghanistan, Somalia, Indonesia, Bangladesh dan Filipina.



Ini merupakan peluang kepada anda untuk gandakan pahala sepanjang bulan Ramadan yang mulia. Setiap sumbangan walaupun serendah RM 10 dapat memberikan senyuman dan meringankan beban kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan di seluruh dunia.



Sabda Rasulullah SAW:


“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.”

(Riwayat Al-Tirmizi)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SITI ROHAIDAH MUSTAPA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 24, 2024

Kempen Sumbangan Tamat