ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Dimulakan pada Feb 20, 2025

BANTUAN KEPERLUAN DAPUR MUSIM RAMADAN DI SELURUH MALAYSIA

RM575 / 1.15 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

28 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bahu mereka semasa musim Ramadan tahun ini akan rasa ringan apabila anda menyumbang pada hari ini. Jom bantu!


Tiba sahaja bulan Ramadan, kita akan merancang juadah berbuka sepanjang satu minggu mahupun satu bulan. Berseronoklah kita menikmati juadah berbuka puasa dengan kepelbagaian lauk pauk beraneka macam.


Namun saudara saudari, perlu diingatkan bahawa masih ramai saudara kita akan menempuhi bulan puasa serba serbi kekurangan. Ramai di antara mereka yang hidup kais pagi makan kais petang makan petang, situasi menjadi lebih sukar apabila bahan mentah kini makin mahal. Pastinya mereka ini akan berkira-kira untuk mengharungi bulan puasa kali ini.



Sudah semestinya saudara saudari ketahui, bulan puasa ini ialah bulan untuk kita menggarap sebanyak mungkin pahala. Oleh itu, kami memberi peluang kepada saudara saudari untuk menyajikan mereka makanan bernutrisi sepanjang bulan puasa dengan menyumbang kepada kempen Rezeki Ramadan Islamic Relief Malaysia.



Matlamat kami pada Ramadan kali ini adalah untuk menyediakan pek makanan kepada ribuan penerima manfaat di seluruh Malaysia dan juga di luar negara. Antara makanan yang akan diberi kepada mereka berbentuk kurma, sardin, biskut, beras, gula, garam, minyak masak dan lain-lain lagi.


Kami jangkakan makanan ini mampu untuk bertahan sekurang-kurangnya 2 minggu sepanjang bulan Ramadan. 2 minggu ini lama saudara saudari. Bayangkan berapa ramai keluarga yang akan tersenyum gembira hasil sumbangan saudara saudari sekalian.



Mari hulurkan tangan dan ringankan bebanan mereka. Usaha saudara saudari sekali menjadi salah satu asbab ke pintu-pintu syurga kelak.


“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut”

(Riwayat al-Tirmidzi: 807)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Feb 22, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 22, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 21, 2025

MUHAMAD IZZUAN BIN BAHARUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 21, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 21, 2025

Kempen Sumbangan Tamat