RH QIROAT CENTRE

Dimulakan pada Apr 22, 2022

SANAD 30 PERCUMA

RM60 / 0.12 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Program bersijil sanad 30 juzuk memerlukan RM45,000 ke RM50,000. RM1500 seorang adalah kadar yang diperlukan. Jumlah pelajar adalah 30 orang.


(Riwayat Syukbah dan Hafs) AKAN DITAWARKAN RH QIROAT CENTRE SECARA PERCUMA KEPADA 30 ORANG YANG BERTUAH DARI BULAN RAMADHAN KE ZULHIJJAH.

 

RH Qiroat Centre mempunyai 3 objektif mengenai program sanad 30 juzuk AL-QURAN ini :

1. Objektif pertama kami mengikut Sunnah Rasullulah S.A.W yang telah wujudnya 10 Qiroat yang mutawathir (bersanad) terus ke Rasullulah S.A.W.

2. Objektif kedua kami adalah ingin membantu yang tidak berkemampuan terutama sekali kepada mempunyai bacaan yang lancar dan bagus seperti pelajar tahfiz dan guru Al-Quran dimana gaji mereka hanya mampu untuk menampung kehidupan seharian mereka sahaja.

3. Objektif ketiga kami ialah supaya pelajar ini (terutama apabila mengambil guru Al-Quran) untuk menyebarkan dan mengajar pelajar mereka mengenai qiroat yang telah mereka pelajari disini.

Objektif dan misi RH QIROAT CENTRE adalah memberi MAKLUMAT diatas jalan Allah S.W.T.


Kami mempunyai 3 Fasa dalam pembelajaran Qiroat bagi memantapkan sesiapa yang menerima sanad disini :
1. Fasa Pertama ialah pengenalan kepada hukum, peraturan, usul dan kaedah untuk membaca setiap satu Qiroat itu. Akan juga diberikan secara PERCUMA KELAS METODOLOGI QIROAT 10 PADA SETIAP HARI ISNIN.

Video boleh ditonton di YouTube dan FB RH QIROAT CENTRE.
2. Fasa Kedua ialah Pembelajaran bersama guru Arab yang boleh berbahasa Inggeris. Segala penerangan mengenai usul dan peraturan qiroat akan disampaikan terus ke pelajar. Seterusnya bagi pelajar yang sudah tamat 30 juzuk Al-quran mengikut qiroat yang dipelajarinya, mereka akan melepasi satu ujian yang akan di ketuai oleh syeikh Nabil sebelkum memperoleh sanad.

3. Fasa Ketiga ialah kami juga menawarkan program tutorial Qiroat yang akan disampaikan oleh pelajar yang memperoleh sanad yang dikeluarkan oleh RH QIROAT CENTRE. Sekiranya pelajar masih tidak berkeyakinan di fasa satu dan dua, di fasa ketiga kami akan membimbing semula dari usul dan peraturan sehingga ke mempraktikkan bacaan qiroat. Program tutorial ini akan memperbetulkan secara teliti dan perlahan bagi bacaan pelajar tersebut.


Ramai pelajar yang memuji program tutorial RHQC ini kerana telah memberi penjelasan secara terperinci dan padat mengenai qiroat yang dipelajari.


RH QIROAT CENTRE ketika ini sedang ingin memperkenalkan Toriq Jazari (Toyibbah) yang masih baru bagi ramai yang tidak mengenalinya di Malaysia. Toriq Shatibiyah amat terkenal di Malaysia. Ketika ini di Mekah dan Madinah sedang dalam proses ingin menyebarkan mengenai Toriq Jazari (Toyibbah) dalam masa yang sama ingin mengambil lebih ramai Sheikh dari serata dunia. Semua syeikh di minta untuk membàca jamak 10 Toriq Toyibbah supaya mereka boleh mengajar kesemua 10 Qiroat dalam Toriq Jazari (Toyibbah) dalam masa terdekat ini.


Gambar majlis berkhatam sanad ketika tiada covid. Sijil sanad di berikan olih Syeikh Nabil.



Gambar khatam setelah habis 30 juzuk al Quran.

MARILAH BERINFAQ BERSAMA RH QIROAT CENTRE DALAM PROGRAM BERSIJIL SANAD 30 JUZUK QIROAT AASIM TORIQ SHATIBIYAH.

SEMOGA ALLAH MENERIMA USAHA KITA YANG KECIL INI.


RH QIROAT CENTRE juga di dalam proses ingin menaja guru yang belum mencukupi 10 Qiroat yang mempunyai bacaan sangat baik (Mumtaz) secara percuma untuk dilantik menjadi tutor kami.

Terima kasih.

Jom #Buatbaik

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

RAHIMAH MOHD NOH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 28, 2022

Kempen Sumbangan Tamat