"Kempen Meringankan Beban Keluarga Autism Malaysia" adalah sebuah inisiatif untuk membantu keluarga autism di seluruh Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 menerusi misi bantuan kewangan dan barang-barang asas. Inisiatif ini dibawakan khas oleh Yayasan Patriot Negara dan Autisme Malaysia dengan kolaborasi bersama Berkat TV dan bakal berlangsung sepanjang tempoh pemulihan pandemik COVID-19 di negara kita ini.
Tidak dinafikan, terdapat banyak misi bantuan untuk golongan yang terjejas dengan pandemik COVID-19 dijalankan sama ada oleh kerajaan, NGO, badan-badan amal, organisasi swasta mahupun individu. Oleh itu, "Kempen Meringankan Beban Keluarga Autism" ini kami wujudkan khusus untuk membantu golongan yang mempunyai ahli keluarga autisme dan terjejas mata pencarian mereka disebabkan oleh pandemik ini.
Yayasan Patriot telah mendengar rintihan mereka, dan kini kami ingin mengajak anda untuk menyatakan sokongan dan memberikan sumbangan untuk membantu meringankan beban mereka.
Terpapar wajah kecerian para penerima bantuan. Terima kasih di atas sumbangan anda. Semoga dengan sumbangan dan bantuan kecil ini mampu menceriakan mereka yang kurang bernasib baik.











Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini