DANA MEMBELI BANGUNAN PERLINDUNGAN BUAT ANAK YATIM DAN ASNAF

RM318,097 / 90.88 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM350,000

11170 Penyumbang

22 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

PERSATUAN KEBAJIKAN RUMAH JALINAN KASIH ANAK YATIM MISKIN SELANGOR BERHASRAT UNTUK MEMBELI SEBUAH BANGUNAN 3 TINGKAT DEMI KESELESAAN ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF.


Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak Yatim Miskin Selangor telah diusahakan oleh seorang ibu yang dikenali sebagai Puan Ella atau lebih mesra Ibu Ella bertempat di Cheras pada tahun 2010. Mereka ini terdiri daripada anak-anak yatim piatu, asnaf terabai, mangsa seksual dan ibu tunggal. Kebanyakan mereka dihantar kesini oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kini sejumlah 53 penghuni yang menetap di sini.



INILAH ANAK-ANAK YANG MENGHUNI RUMAH JALINAN KASIH


“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. (Riwayat Muslim, 2983)



Dana Bantuan Pembelian Rumah Perlindungan Baru.


Rumah kedai 3 tingkat ini (bangunan yang bercat) akan dijadikan sebagai bangunan kekal bagi menempatkan anak-anak ini. Bangunan ini yang bekas tempat asuhan sangat sesuai buat mereka kerana tempatnya yang lebih luas dan mempunyai ciri keselamatan yang lengkap. Namun, bagi pembelian bangunan baru ini memerlukan kos yang sangat tinggi kerana harga bangunan ini mencecah RM1.8 Juta. Wang pendahuluan pula mencecah RM180,000 perlu dibayar.



Justeru itu, pihak ibu Ella dengan rendah hati ini memohon rayuan daripada tuan dan puan yang budiman di luar sana untuk bersama bagi membeli rumah kedai ini dengan harapan anak-anak yatim dan asnaf ini kuat untuk meneruskan kehidupan mereka pada masa akan datang. Selain itu, dengan dana ini juga akan kami gunakan untuk pembelian prasarana bangunan dan kelengkapan yang lebih berkualiti untuk menambah lagi kemudahan yang masih tak cukup sekaligus memberi keselesaan buat mereka.



InshaaAllah, dengan sekecil RM100 daripada tuan dan puan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran daripada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:


“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga.”


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHAMAD SHARUL NIZAM BIN SHAIF

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 07, 2024

NIZAM BIN ZAKARIA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 07, 2024

AHMAD AIMAN

Menyumbang sebanyak RM15.00

Dec 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 07, 2024