Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Feb 08, 2022

RAYUAN DERMA ROAD TO RAMADAN

RM245 / 0.82 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sumbangan amat diperlukan untuk PERKIM BTP terus berdakwah dan menjalankan amal kebajikan khususnya mnejelang Ramadan ini. Ayuh bantu kami!


Untuk tahun 2022, PERKIM BTP juga terlibat secara langsung untuk memujuk mereka yang ingin MURTAD di kawasan Rawang dan sekitar Bandar Tasik Puteri supaya kembali kepada Islam. Murtad? Ya, murtad! Ini perkara serius yang perlu ditangani dengan penuh hikmah seperti menarik rambut dari tepung, tepung tidak berselerak dan rambut tidak putus.


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Para dermawan dan penyumbang yang dimuliakan Allah, PERKIM BTP telah susun aktiviti-aktiviti untuk tahun 2022 lebih banyak dari tahun lepas. Insya Allah.


Ini adalah antara aktiviti yang telah dijalankan sekitar tahun 2021 dan masih ingin diteruskan : 


[Proses memujuk mereka yang nak keluar Islam, termasuk berbincang dengan rumah kebajikan bukan kristian yang melindungi mereka]



[Shopping raya tajaan PERKIM BTP untuk mereka yang sambut Raya pertama selepas memeluk Islam]



Ketika kelas Fardu Ain Muallaf pada Ahad yang lalu, kami telah ditanya oleh seorang bekas Kristian yang baru 10 bulan memeluk Islam bersama keluarganya, katanya dulu masa mereka masih beragama Kristian gereja akan hantar van ke rumah untuk ambil mereka ke gereja samada menghadiri kelas atau untuk sembahyang di gereja. Mengapa PERKIM tak buat macam itu?


Kami yakin, jawapan kami adalah jawapan anda! Jika ada dana seperti gereja, PERKIM BTP juga akan mampu buat lebih jauh dari itu. Kami yakin, umat Islam jauh lebih dermawan dari mereka yang tidak beriman!


[Bantuan makanan di bulan Ramadhan mereka yang terjejas kerana PKP]




Ramadan pula menjelang kurang 2 bulan sahaja lagi, tetapi kami masih tercari-cari dana untuk menjalankan aktiviti tahun ini khususnya sepanjang Ramadan ini serta sambutan hari raya. Inilah masa paling kritikal untuk kita santuni muallaf dan asnaf khususnya yang iman masih rapuh.


“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rizqi oleh Allah serta kepahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyadari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi)




PERKIM adalah NGO tertua yang sinonim dengan Muallaf (saudara baru), dakwah serta kebajikan. Tetapi kami di peringkat cawangan, bergantung penuh kepada sumbangan orang ramai untuk terus berdakwah dan melaksanakan amal kebajikan. Ayuh, menyumbang seikhlas hati! Kami perlukan dana untuk aktiviti setahun!


Semoga Allah memberi kemurahan rezeki kepada para penyumbang yang dermawan.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 14, 2022

ABDUL KARIM BIN HUSAIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 13, 2022

Kempen Sumbangan Tamat