ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Feb 06, 2024

ROTI PERCUMA UNTUK MANGSA KELAPARAN YAMAN

RM195 / 3.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

14 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Keprihatinan antara satu sama lain adalah kunci untuk kita mengurangkan kebuluran di Yaman. Jom bantu mereka!


Di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di Laut Merah, Yaman berdiri teguh untuk mempertahankan rakyat Gaza daripada serangan Israel. 


https://youtu.be/kBzrRcjfKNo?si=0gVKAmCEAPJ08lpD




Ketegasan Yaman mencalar keangkuhan kuasa besar, Amerika dan Britain. Mereka bertindak menyerang Yaman dengan ratusan jet pejuang canggih namun tidak mampu mengekang keberanian negara tersebut.



Ini telah membuka mata dan hati kita terhadap satu realiti yang luar biasa serta mencetuskan tanda tanya besar, bagaimana sebuah negara yang semiskin Yaman mampu memberikan ancaman dan tekanan yang signifikan dalam konflik gaza-Israel.



Namun, mesej yang ingin disampaikan hari ini bukanlah mengenai konflik tersebut akan tetapi kita perlu menyedari bahawa kemiskinan dan kebuluran di Yaman kini telah mencapai tahap yang amat membimbangkan. Yaman, yang pernah berada dalam konflik perang selama 9 tahun, kini menyaksikan penduduknya menjadi mangsa kelaparan dan kemiskinan yang meluas.



Menurut PBB ,Yaman kini dianggap sebagai negara yang mengalami krisis kemanusiaan terburuk di dunia. Ini bukanlah sekadar isu tempatan, tetapi ia adalah soal keprihatinan antarabangsa untuk bersatu dalam membantu mengatasi krisis kelaparan yang melanda Yaman.



Iltizam Relief Society ingin menjemput anda semua untuk turut serta dalam usaha membantu membasmi kelaparan di Yaman. Salah satu cara yang dapat anda bantu adalah dengan menyumbang kepada Bakeri Iltizam di Yaman. Dengan bantuan anda, kita dapat memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan, dan membantu mengurangkan penderitaan yang dialami oleh rakyat Yaman.




Bersatulah untuk membawa harapan kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan anda adalah sinar harapan bagi mereka yang kini berjuang untuk bertahan hidup. Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 13, 2024

Kempen Sumbangan Tamat