Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM80 / 1.60 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
6 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Saudara-saudara seiman, keadaan di Gaza Utara semakin hari semakin memburuk. Serangan berterusan oleh tentera zionis telah menyebabkan penderitaan yang luar biasa bagi saudara-saudara kita di Palestin.

Mereka kehilangan tempat tinggal, kekurangan makanan, air bersih, pakaian, dan selimut untuk menghadapi dinginnya malam. Dalam derita dan kelaparan, saudara kita di Palestin terus bertahan dalam perjuangan yang penuh kesabaran dan tawakal kepada Allah.

ASAR Humanity terus berusaha tanpa henti menyalurkan bantuan kepada mereka yang sangat memerlukan. Kami berkomitmen menghantar bantuan berupa makanan, air bersih, pakaian, dan selimut agar saudara-saudara kita di sana dapat bertahan dalam keadaan yang penuh ujian ini. Namun, kami tidak mampu melakukannya sendirian.

Kami menyeru kepada semua pihak, umat Islam di mana saja, untuk bersama-sama memberikan bantuan. Bantuan ini bukan sekadar sedekah biasa, tetapi ia adalah bentuk jihad kita dalam membela agama Islam dan membantu saudara-saudara kita yang ditindas. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ma’idah, ayat 2:
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan..."

Mari kita bersama-sama dalam kebajikan dan memberikan pertolongan kepada saudara-saudara kita di Palestin. Donasi sekecil mana pun akan menjadi amal jariah yang besar, memberi kehidupan dan harapan bagi mereka yang sedang menderita.
Semoga dengan sedekah kita, Allah SWT meredhai segala amal kebaikan kita dan memberikan kekuatan kepada saudara-saudara kita di Palestin. Teruslah berjihad dengan harta dan doa, insya-Allah kemenangan akan tiba.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, gencatan senjata telah berlaku di Palestin. Namun, jangan kita keliru, ini bukanlah akhir perjuangan. Ini adalah awal perjalanan kita untuk membantu saudara-saudara kita bangkit dari masa-masa sulit.

Mereka bertahan di tengah reruntuhan, kehilangan rumah, dan serba kekurangan, namun tetap memegang teguh agama Islam. Mereka menjadi contoh nyata kekuatan iman dan keteguhan hati dalam menghadapi ujian yang berat.
Allah SWT berfirman:
"Dan apa sahaja harta yang kamu nafkahkan, maka itu untuk dirimu sendiri. Dan janganlah kamu nafkahkan melainkan untuk mencari keredhaan Allah."
(Surah Al-Baqarah: 272)


Kami, ASAR Humanity, mengajak tuan dan puan penderma untuk bergandeng tangan membebaskan mereka dari masa sukar ini. Melalui solidaritas, kita dapat membantu membangun kembali kehidupan mereka, memberikan harapan baru, dan menunjukkan bahawa ukhuwah Islamiyah tidak pernah pudar.
Jom, teruskan derma Palestin!
Setiap sumbangan yang tuan dan puan berikan akan menjadi amal jariah yang terus mengalir dan menjadi bekal kita di akhirat.
https://sumbangan.com/sedekahrotibatch24
#BangunKembaliPalestin
#SolidaritiUntukPalestin
#BuatBaikBersamaASAR
Semoga Allah SWT melipatgandakan pahala dari setiap kebaikan yang kita lakukan. Aamiin ya Rabbal 'Alamiin.
Salam hormat,
ASAR Humanity
🤲 Teruskan Sokongan Anda untuk Saudara Kita di Palestin 🤲
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, gencatan senjata telah dilaksanakan di Palestin, namun perjuangan saudara-saudara kita di sana masih jauh daripada selesai. Kehidupan mereka yang hancur akibat konflik kini memerlukan perhatian dan sokongan kita untuk bangkit kembali.


Teruslah Berbuat Kebaikan, Sebarkan Manfaat
https://sumbangan.com/sedekahloriairpalestin
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
ASAR Humanity Team
MOHD NASRUN BIN ISMAIL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 15, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jan 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 13, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 13, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 12, 2025