ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 17, 2024

HANTARKAN ROTI HANGAT UNTUK SAUDARA PALESTIN

RM380 / 12.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantu saudara-saudara di palestin mendapatkan bantuan makanan dan minuman di tengah musim dingin yang mencengkam bersama ASAR Humanity.


Sahabat dermawan yang dirahmati Allah, sudah lebih dari setahun berlalu sejak tragedi genosida yang menyayat hati di Palestin, namun penderitaan saudara-saudara kita di sana belum juga berakhir. Di tengah konflik dan krisis kemanusiaan yang terus berlanjutan, saudara-saudara kita di Palestin masih bergelut dengan kelaparan, kehausan, dan kesulitan untuk bertahan hidup.



ASAR Humanity dengan penuh komitmen menjalankan Program Roti Hangat untuk Palestin, sebuah inisiatif untuk menyediakan makanan bergizi kepada saudara-saudara kita yang kelaparan. Melalui program ini, kita berusaha memberikan roti hangat dan makanan lain yang diperlukan oleh mereka yang terjejas, terutama anak-anak, ibu-ibu, dan warga tua yang paling rentan terhadap ancaman kelaparan dan kedinginan.



"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim, dan orang yang ditawan, (sambil berkata), ‘Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredaan Allah. Kami tidak mengharapkan balasan dan terima kasih darimu." (Surah Al-Insan, ayat 8-9)



Firman ini menjadi pengingat bagi kita semua, bahawa memberikan makanan kepada mereka yang lapar adalah salah satu amalan yang sangat dicintai Allah SWT. Jangan biarkan saudara-saudara kita di Palestin terus menderita kelaparan di tengah-tengah krisis. Setiap sumbangan yang kita berikan, walau sedikit, akan membawa pengharapan baru bagi mereka. Roti yang kita berikan bukan sekadar makanan, tetapi lambang solidariti dan kasih sayang dari kita yang peduli.



Mari kita teruskan semangat membantu dan menyumbang dalam Program Roti Hangat untuk Palestin. Sedikit sedekah dari anda akan sangat membantu menjalankan program ini, memastikan saudara-saudara kita di Palestin tidak kelaparan, terutama di saat-saat yang paling sulit seperti musim sejuk yang mencekam ini. Semoga Allah SWT menerima setiap amalan kebaikan kita dan melipatgandakan ganjaran bagi setiap kebaikan yang kita lakukan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

  • Jul 17, 2025


Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 20, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM250.00

Dec 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 18, 2024

Kempen Sumbangan Tamat