ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada May 08, 2024

BERI ROTI PERCUMA UNTUK MANGSA KELAPARAN YAMAN

RM390 / 3.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

22 Penyumbang

10 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom derma sekarang dan sertailah kami dalam usaha kemanusiaan ini. Bersama-sama, kita dapat membuat perubahan dan membantu mereka yang memerlukan.


Menurut laporan sumber WFP, tahap kelaparan di Yaman pada masa kini adalah luar biasa dan menyebabkan penderitaan yang teruk bagi jutaan penduduk. Walaupun wujudnya bantuan kemanusiaan, akan tetapi 17 juta rakyat Yaman masih mengalami ketidakcukupan makanan.


Sudah 10 Tahun Penduduk Yaman Hidup dalam Sengsara, Kini Diambang Kelaparan

Jenis bantuan yang akan diberikan adalah berupa roti dan golongan sasaran adalah orang fakir miskin, ibu tunggal, orang tua, anak yatim piatu, warga OKU dan mangsa perang seperti Warga Pelarian Dalam Negeri (IDP).



Sejak tahun 2017, Bakeri Iltizam di Yaman menjadi penyelamat bagi ribuan keluarga, kini menghadapi kekurangan dana yang kritikal. Tanpa bantuan segera, kami tidak akan dapat terus menyediakan makanan kepada mereka yang memerlukan serta mengancam ribuan nyawa penduduk Yaman.



Krisis di Yaman telah mendorong ramai keluarga ke ambang kelaparan. Projek Iltizam Bakery Yaman telah menjadi titik cahaya memastikan 55,000 keluarga memperoleh akses makanan roti yang bernutrisi. Namun, dana kami yang bergantung bagi mengekalkan operasi penting ini telah merosot dengan ketara. Kami tidak dapat mempunyai kecukupan dana keadaan yang kritikal ini.


Sokongan anda diperlukan dengan segera untuk mengekalkan operasi Bakeri Iltizam. Tanpa bakeri ini, keluarga-keluarga ini akan terpaksa berhadapan dengan kekurangan makanan yang akan memperburukkan lagi keadaan mereka yang sudah teruk. Kami memohon dengan anda untuk mempertimbangkan kepentingan situasi ini dan memberikan bantuan dengan murah hati.



Setiap sumbangan, walaupun kecil, akan memberikan impak yang besar. Dengan menyumbang kepada bakeri Iltizam anda secara langsung menyumbang untuk menyelamatkan nyawa dan meringankan penderitaan rakyat Yaman. Kami menggesa anda untuk bertindak dengan segera dan membantu kami memastikan bahawa tidak ada seorang pun di Yaman yang mengalami kelaparan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 13, 2024