PERSATUAN CINTA SALAM MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 14, 2023

ROTI UNTUK SYRIA

RM265 / 0.53 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bersama Cinta Syria Malaysia membantu memberi kelangsungan untuk kilang roti terus beroperasi. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada setiap keluarga terutamanya ibu tunggal.


Peningkatan kadar inflasi merupakan satu fenomena global yang turut dialami kebanyakan negara lain akibat gangguan rantaian bekalan dan kos tenaga yang meningkat secara mendadak. Hal ini turut menjejaskan ekonomi dan keberlangsungan kehidupan penduduk Syria, terutamanya di bandar Afrin yang terletak di bahagian barat laut Aleppo, Syria.



Kemerosotan ekonomi di Syria telah jatuh secara drastik sejak permulaan tahun 2020. Pada 2021, anggaran seramai 68.6% iaitu seramai 14.2 juta penduduk Syria sangat memerlukan bantuan makanan dan bantuan pertanian. Hal ini terjadi kerana gabungan beberapa faktor termasuk susut nilai mata wang, kehilangan kuasa beli, kenaikan harga makanan, migrasi dalaman, kekurangan sumber pendapatan, kerugian dalam pengeluaran dan aset pertanian dan faktor ini bertambah lebih teruk dengan keadaan pandemik COVID-19 yang masih berterusan hingga ke hari ini.



Namun mengikut kajian pada Mei 2022, daripada 122 kilang roti yang beroperasi pada Oktober 2019, kebanyakannya tidak dapat dihubungi dan ada 23 kilang roti yang tidak lagi beroperasi. Hal ini disebabkan kekurangan kos operasi dan kos pembelian barangan mentah. Kebanyakan pemilik kilang roti memberitahu kesusahan untuk mencari gandum keluaran tempatan akibat kos pengeluaran yang tinggi dan pengurangan kawasan tanaman gandum yang disebabkan oleh konflik yang berterusan, penutupan laluan, ketiadaan tempat penyimpanan gandum, isu keselamatan dan migrasi dalaman.



Melihat kepada kenaikan harga roti bersubsidi dan peningkatan ketidakamanan makanan bagi penduduk Syria ini, Cinta Syria Malaysia telah mengambil inisiatif ini untuk menjalankan sebuah projek operasi kilang roti bagi memastikan kelangsungan makanan ruji kepada para penduduk Syria khususnya di kawasan Afrin, Aleppo.



Projek ini akan membantu mengagihkan roti kepada 2,875 penerima manfaat yang dipilih mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh rakan strategik CSM, di mana keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang diketuai oleh wanita. Setiap keluarga akan menerima sepaket roti setiap hari bergantung kepada saiz keluarga tersebut.



Objektif utama projek ini adalah untuk memastikan keberlangsungan akses makanan ruji berupa roti selama 3 bulan kepada 2,875 keluarga, iaitu sekitar 14,375 individu yang menetap di Afrin, Syria. Projek ini juga secara tidak langsung telah memastikan keberlangsungan operasi kilang roti, sejurus menyediakan peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar untuk bekerja di kilang roti ini dan menjana pendapatan hasil daripada bekerja di kilang roti ini. Usaha ini diharapkan dapat mengembalikan normalisasi kehidupan kepada seramai 14,375 individu ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Mar 24, 2023

NORSALINA BINTI SULAIMAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2023

HISYAMUDDIN BIN MOHMAD SHAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 22, 2023

Kempen Sumbangan Tamat