ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 06, 2023

BANTUAN ROTI DAN MINUMAN PANAS UNTUK PELARIAN SERANGAN DI GAZA

RM355 / 11.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Perlakuan zalim Zionis terhadap warga di Gaza menyekat persediaan makanan, jom jangan berhenti di sini, sediakan roti dan minuman hangat di Gaza!


Kami tidak akan jemu melancarkan lagi kempen bantuan untuk saudara-saudara kita di Gaza, mereka masih memerlukan sokongan dan doa kita. Sehingga berita ini ditulis, direkodkan 9,770 orang telah syahid dan 24,808 lagi cedera akibat serangan Zionis sejak 7 Oktober lalu. Ini juga mengakibatkan beribu-ribu rumah dan kem pelarian Palestin musnah.



Setakat ini, mereka yang terselamat masih mencari tempat perlindungan yang lebih selamat. Sebahagian daripada mereka tidur di halaman depan hospital di atas katil sementara. Terdapat juga mereka yang tinggal di sekolah milik Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu yang juga tidak terlepas daripada serangan. Ada lagi rakyat yang lain masih mencari tempat berteduh juga.


Adakah terdapat tempat yang selamat di Gaza?



Kami telah menyediakan dapur sementara di Gaza, di mana sukarelawan kami bekerja keras untuk memasak makanan berkhasiat, termasuk roti hangat. Makanan ini diagihkan kepada pelarian yang memerlukan yang telah kehilangan segala-galanya. Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian. 



Dengan menyokong kempen ini, anda akan membantu kami menyediakan makanan, air dan harapan kepada pelarian Gaza. Setiap sumbangan, tidak kira seberapa kecil, akan sangat bermakna. Bermula dari RM10, kami akan membantu menyediakan roti dan minuman panas untuk pelarian di Gaza.



Kami percaya bahawa bersama-sama, kita boleh membantu mengubah nasib mereka dan mengingatkan mereka bahawa dunia masih mengambil berat. Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat yang melimpah ruah kepada Tuan, Puan dan keluarga mereka. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 10, 2023

ABDUL HADI BIN TURAH/EDEY AUTOPART/TSR CAT HOTEL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 10, 2023

Kempen Sumbangan Tamat