ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Dec 29, 2021

RAYUAN DERMA YEMEN KEBULURAN

RM610 / 12.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

29 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom, bantu kami berjihad memberi makan kepada mangsa mangsa perang di kem pelarian di Yaman. Mereka tiada pilihan, melainkan mengharapkan ehsan para penderma. Bantu kami berikan makanan kepada mereka.

Daripada Sayyidina Anas r.a daripada Nabi s.a.w bersabda:

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak akan beriman seseorangpun di kalangan kamu (secara sempurna) sehinggalah dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.”  (Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Krisis kebuluran di Yaman bukan hal biasa atau boleh dipandang remeh. Ini adalah soal nyawa umat Islam, saudara seagama yang sangat memerlukan bantuan.

 




Tidak dapat dinafikan, peperangan yang sudah berlanjutan ini mungkin akan memakan masa bertahun-tahun lagi untuk ditamatkan. Oleh yang demikian, akan lebih ramai lagi yang akan hidup dalam kesengsaraan dan memerlukan bantuan seperti yang diberikan oleh Bakeri Al-I’tisam hari ini.



 

 Bakeri Al-I’tisam di Yaman di dirikan untuk bantu menyelamatkan ribuan penduduk Yaman dari kebuluran terutama masyarakat yang tinggal di daerah Zabid ,Hudaidah.

 

Setakat hari ini, bakeri ini telah berjaya menyumbang lebih 4 juta keping roti kepada penduduk sekitar. Kejayaan besar Bakeri Al-I’tisam sehingga kini ialah mampu mengurangkan insiden kebuluran dikalangan penduduk yang menjadi mangsa perang dan hidup dalam kemiskinan.

Bakeri ini telah dibangunkan pada awal bulan September, 2017.

Kami mengajak para penderma bantu kami teruskan memberi makan pada mangsa mangsa ini, dimana di kem kem pelarian, sangat kurang atau tiada peluang untuk majukan diri, untuk mengubah nasib utk diri dan keluarga. 

Semoga usaha/ amalan bersedekah ini di berkati Allah. AmiinYRA. 

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 30, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 30, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 30, 2021

Kempen Sumbangan Tamat