RTQ SHOHIBUL MUKMININ

Dimulakan pada Jul 26, 2023

INFAQ PENGHAWA DINGIN UNTUK PELAJAR TAHFIZ QURAN RTQ SHOHIBUL MUKMININ

RM135 / 0.05 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM250,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM, JOM SERTAI KAMI DALAM KEMPEN INFAQ PEMBELIAN DAN PEMASANGAN PENGHAWA DINGIN UNTUK PELAJAR TAHFIZ QURAN RTQ SHOHIBUL MUKMININ. SEMOGA MENGALIR PAHALA UNTUK KITA SEMUA.


RTQ Shohibul Mukminin kini memerlukan kemudahan penghawa dingin di beberapa bilik untuk aktiviti RTQ Shohibul Mukminin. Pada masa ini, bilangan bilik belajar RTQ Shohibul Mukminin ialah 7 bilik. Manakala 1 bilik dipenuhi sekitar 5-7 orang pelajar tahfidz quran dan 1-2 orang guru Ustadz/Ustadzah. Pemasangan penghawa dingin bertujuan untuk menjadikan pelajar tahfidz Quran selesa dalam mempelajari dan menghafaz al-Quran.



Anda perlu tahu bahawa RTQ Shohibul Mukminin kini sedang mendidik sekitar 15 orang pelajar tahfidz Quran dari rumah anak yatim dan selebihnya adalah orang awam. Bagi 15 pelajar tahfidz Quran tersebut, semua yuran adalah percuma dan kami juga samakan kemudahan lain dengan pelajar tahfidz Quran secara umumnya. Ini bagi menyamakan status sosial dalam kalangan pelajar.




Selain itu, dalam kutipan derma ini kami amat mengharapkan bantuan tuan-tuan dan puan-puan untuk menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk kemudahan pelajar tahfidz Quran ketika belajar dan menghafaz al-Quran. InsyaAllah dengan penambahan kemudahan yang memadai akan memudahkan mereka yang menghafal Al-Quran untuk meningkatkan hafalan Al-Quran. Semoga setiap amal soleh yang anda salurkan melalui program ini, menjadi amal jariah untuk diri sendiri dan keluarga. Amin!




Jom sertai kami dalam kempen infaq pembelian dan pemasangan penghawa dingin serta kemudahan lain untuk pelajar tahfiz Quran dan RTQ Shohibul Mukminin agar selesa ketika belajar dan menghafaz Al-Quran. Semoga dengan sumbangan ikhlas daripada pihak anda dapat memberi keceriaan kepada pelajar yang disayangi Rasulullah SAW ini. Anda juga boleh menghadiahkan penyejuk infaq ini atas nama anda sendiri, ibu bapa, ahli keluarga atau saudara mara lain sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia.

 

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Jul 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 28, 2023

ARIF JEMALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jul 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat