SEDEKAH AIR MINUM DAN MAKANAN BERKHASIAT PUASA ISNIN KHAMIS

Dianjurkan oleh:
RTQ SHOHIBUL MUKMININ
Dimulakan pada:
09 Apr, 2026
SEDEKAH AIR MINUM DAN MAKANAN BERKHASIAT PUASA ISNIN KHAMIS
4.69%
RM150
/RM3,200
13
penyumbang
61
baki hari

Tentang Kempen

Marilah kita bersama-sama mengambil peluang keemasan ini untuk berbelanja di jalan Allah, kerana setiap kebaikan yang kita lakukan walau sekecil mana pun pasti mendapat ganjaran yang besar dariNya.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan nikmat iman dan Islam kepada kita, serta diberi kesempatan untuk terus beramal dan mendekatkan diri kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga Baginda, para sahabat, dan seluruh umat Islam yang istiqamah di jalanNya.

Dalam usaha melahirkan generasi Al-Quran yang berakhlak mulia dan berjiwa Rabbani, para pelajar tahfiz di RTQ Shohibul Mukminin sentiasa berusaha mengiktiraf sunnah Nabi Muhammad ﷺ termasuk amalan puasa sunat Isnin dan Khamis. Amalan ini bukan sahaja mendidik jiwa mereka untuk lebih sabar dan khusyuk, malah menjadi jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Namun, di sebalik semangat dan keikhlasan mereka, ada keperluan asas yang perlu kita sama-sama bantu penuhi. Pelajar tahfiz RTQ Shohibul Mukminin yang sebahagiannya terdiri daripada anak yatim dan golongan asnaf amat memerlukan sokongan kita dalam menyediakan doa berbuka puasa yang cukup, berkhasiat dan menyegarkan.

Sehubungan dengan itu, kami dengan rendah diri menjemput Tuan/Puan untuk bersama-sama menyumbang ke Program Sedekah Air Minuman dan Makanan Berkhasiat Berbuka Sunat Isnin dan Khamis untuk pelajar tahfiz RTQ Shohibul Mukminin.

Sumbangan anda akan digunakan untuk menyediakan:

1. Air minuman bersih dan menyegarkan

2. Juadah berbuka yang berkhasiat dan seimbang

3. Kurma sebagai sunnah berbuka

4. Makanan tambahan yang membantu kesihatan dan tenaga pelajar

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa untuk berbuka, maka dia akan mendapatkan pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang itu sedikitpun." (Riwayat Tirmidzi)

Program ini bukan sekadar menyediakan makanan dan minuman, tetapi juga sebagai bentuk sokongan moral dan kasih sayang kepada huffaz muda yang sedang bertungkus-lumus menjaga Kalamullah di pangkuan mereka. Dengan sumbangan anda, kami dapat memastikan mereka terus beribadat dengan selesa, sihat dan bersemangat.

Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita, diluaskan rezeki kita, dan dikurniakan keberkatan dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat.

"Sesungguhnya sedekah tidak akan mengurangi harta, bahkan Allah akan menambahnya." (Riwayat Muslim)

Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Apr 17, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 17, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 17, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 13, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 13, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

INFAQ DI JALAN ALLAH MEMBINA BANGUNAN UNTUK PELAJAR ISLAM
INFAQ UNTUK MEMBELI BUKU PERPUSTAKAAN PELAJAR ISLAM
SEDEKAH AL QURAN CERDASKAN PELAJAR DHUAFA
BANTU SEKOLAH DI PEDALAMAN INDONESIA
BANTU MADRASAH AL-MUHSININ MENYOKONG RANGKAIAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN