PERTUBUHAN KEBAJIKAN DASAR JOHOR

Dimulakan pada Jul 14, 2023

DANA BAGI PEMBELIAN RUMAH PERTUBUHAN KEBAJIKAN DASAR JOHOR

RM1,840 / 3.68 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

47 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pertubuhan Kebajikan Dasar Johor mengajak orang ramai untuk bersama-sama bersedekah untuk pembelian Rumah Dasar untuk kebaikan komuniti setempat.


Pertubuhan Kebajikan Dasar Johor dengan rendah hati mengajak orang ramai untuk bersama-sama menyertai peluang ibadah dan bersedekah bagi pembelian rumah (Dasar Centre) yang akan digunakan sebagai pusat pengajian ilmu, pusat dakwah, dan pusat pembangunan komuniti.


Dasar Centre ini dapat memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan masyarakat madani yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dengan jalan memartabatkan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat.



Setiap sumbangan anda akan menjadi jalan bagi penyebaran ilmu yang bermanfaat, dakwah yang berpengaruh, dan pembangunan komuniti yang berdaya saing. Bersama-sama, kita dapat mencipta generasi yang mencintai ilmu, berpegang teguh pada agama, dan memberikan manfaat kepada masyarakat. Abu Talhah berkata kepada Rasulullah SAW:


“Sesungguhnya harta yang paling aku sayang ialah hartaku di Bairuha dan sesungguhnya hartaku di Bairuha itulah yang kuwakafkan ke jalan Allah SWT.”



Melalui sumbangan anda, anda akan menjadi sebahagian daripada usaha yang mulia ini. Bukan hanya membantu dalam pembelian rumah, tetapi juga menyumbang kepada perjalanan yang panjang untuk kemajuan umat dan kebaikan masyarakat. Firman Allah SWT:


"Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai. Tiap-tiap tangkai mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya." (Al-Baqarah: 216)



Dengan menyumbangkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepada kita, kita dapat bersama-sama membina Dasar Centre yang menjadi pusat keilmuan yang boleh digunakan oleh semua umat Islam. Rasulullah SAW telah bersabda:


“Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Dec 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 06, 2023

Kempen Sumbangan Tamat