PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL INSYIRAH

Dimulakan pada Aug 29, 2022

PROJEK PEMBANGUNAN RUMAH KEDIAMAN WARGA EMAS DARUL INSYIRAH

RM220 / 2.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan untuk membangunkan rumah kediaman bagi menempatkan warga emas Darul Insyirah dan ia dilengkapi dengan kemudahan yang sempurna dari semua aspek.


Saban tahun, tanggapan itu semakin kurang relevan kerana semakin ramai warga emas memilih untuk tinggal di pusat jagaan berbanding tinggal bersendirian di rumah ketika anak-anak keluar bekerja. Siapa yang tidak gembira melihat golongan warga emas boleh bersosial lagi dengan rakan yang sebaya dengannya. Mereka boleh mengaji bersama-sama dan kesihatan terjaga. Ini bukti mereka tidak pun sama sekali dipinggirkan!






Kita faham dengan pelbagai cabaran hidup pada masa sekarang menyebabkan waris juga perlu mencari duit lebih sehinggakan ramai yang memilih untuk menghantar mak ayah ke rumah jagaan warga emas. Bukan sebab meminggirkannya tetapi itulah pilihan terbaik agar mak ayah juga tidak kesunyian di rumah. Oleh sebab itu, Darul Insyirah sebagai Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas hadir membantu dalam menempatkan warga emas dengan menyediakan rumah jagaan dan pendidikan yang meliputi rohani dan jasmani bagi mengisi masa-masa lapang warga emas dengan perkara yang berfaedah.





Oleh itu, kami sedang merangka untuk membangunkan sebuah Pusat Jagaan & Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah yang lebih besar. Pusat ini bukan untuk tempat buangan ibu dan ayah, tetapi tempat untuk warga emas kita belajar dan menjalankan aktiviti. Tujuan utama pembinaan rumah kediaman warga emas adalah untuk memberi ruang dan tempat yang selesa untuk warga emas belajar agama dan bersosial dengan kawan-kawan seusia mereka. Oleh sebab itu, rumah kediaman warga emas ini perlu dibangunkan.




Jom bantu kami untuk mengumpul dana pembangunan rumah kediaman warga emas Darul Insyirah. InshaAllah dengan sumbangan yang tuan/puan berikan dapat memudahkan urusan kami dalam mendirikan kediaman untuk warga emas kami di sini demi keselesaan mereka.


Firman Allah s.w.t : "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa..." (Surah al-Isra', ayat 23)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 02, 2022

NURUL FITRIYATON IDAWIYAH BT NAHRAWI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 01, 2022

Kempen Sumbangan Tamat