Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Oct 04, 2022

DANA BAIKPULIH 4 BUAH RUMAH DAIF ASNAF DI KEMBOJA

RM2,215 / 4.43 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

91 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari hulurkan bantuan baik pulih 4 buah rumah saudara seagama kita di Kemboja. Sesungguhnya umat Islam bersaudara tanpa mengira bangsa. Semoga 4 buah rumah ini menjadi asbab rumah kita di Syurga!


Amat sukar untuk kami gambarkan kesusahan dan kedaifan hidup disana. Tahap kemiskinan dan keadaan umat Islam di Kemboja tidak dapat terungkap dengan kata-kata. Tuan/ Puan lihatlah sendiri keadaan rumah dan persekitaran mereka. 





Saudara muslim kita di Kemboja yang mana merupakan golongan minoriti disana amatlah memerlukan bantuan kita semua. Ada di antara mereka yang masih lagi tinggal di rumah yang sangat daif dimana masih bergantung pada air pam dan rata-rata mereka adalah golongan petani. Faktanya, tempat tinggal mereka memang mempunyai kemudahan apa pun.


Jika kita melihat rumah mereka disana sangat memilukan dan tidak kena untuk dipanggil sebuah rumah. Tapi kenyataan tersebut perlu ditelan kerana itulah tempat mereka berteduh dan membina keluarga. Itulah hakikatnya bagi masyarakat Islam minoriti di Kemboja yang kebanyakannya terdiri daripada golongan miskin dan daif. Ada juga yang masih menumpang dan tiada rumah sendiri.



Misi kami pada kali ini adalah untuk membaik pulih 4 buah rumah saudara kita di Kampung Rumdeng, Kemboja. Kami mulakan dengan skala kecil ini dengan mengharapkan misi ini berjaya supaya akan ada lebih ramai rumah daif disana yang dapat dibantu. Justeru, atas nama kemanusiaan dan saudara sesama Islam, kami ingin mengajak anda semua membantu menyumbang bersama-sama.



Keadaan kehidupan mereka di sana yang serba dhaif ini tak dapat dipertikaikan lagi. Mereka tidak mempunyai rumah yang selesa seperti rakyat di Malaysia. Salah satunya adalah rumah Ustaz Sulaiman. Ustaz Sulaiman adalah seorang guru agama yang mengajar anak-anak di sana tanpa sebarang bayaran. Hanya bertiang dan berlantaikan buluh serta ditutupi dengan kain sahaja. Rumah yang tidak berbilik dan terdedah dengan pelbagai ancaman itu amat menyayat hati. Namun, semangat beliau untuk menyebarkan agama islam tidak pernah luntur sehingga sanggup datang berhijrah ke kampung ini walhal beliau bukanlah penduduk di situ.



Buat makluman semua, ini adalah rumah contoh yang bakal kami bina buat warga Kampung Rumdeng, Kemboja. Kami berharap rumah ini mampu menjadi tempat mereka berteduh dengan selesa dan selamat berbanding rumah sebelumnya.


“Sesungguhnya kebaikan yang akan mengiringi seorang mukmin setelah dia meninggal adalah ilmu yang diajarkan dan disebarkan, anak soleh yang ditinggalkan dan Al-Quran yang diwariskannya atau masjid yang dibina, atau rumah yang dibina untuk ibnu sabil, atau sungai yang dialirkannya (untuk orang lain), atau sedekah yang dikeluarkannya daripada harta miliknya dimasa sihat dan masa hidupnya, semuanya akan mengiringinya setelah meninggal.”

(Hadis riwayah Ibnu Majah)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Aug 11, 2023

Kempen Sumbangan Tamat