KEMPEN PEMBINAAN PUSAT JAGAAN KUCING

RM1,121 / 5.61 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

73 Penyumbang

37 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu kami jayakan KEMPEN RUMAH KUCING CHALLENGE ini dan rebut pahala saham akhirat


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Kami dari Sahabat Adyan Nadzir Care, sentiasa cakna terhadap situasi kucing-kucing jalanan. Sehubungan itu, kami mengambil inisiatif untuk membantu urus dan menyelaraskan misi Kempen Rumah Kucing Challenge terutamanya di kawasan Kuching, Sarawak. Sumbangan dana adalah diperlukan sebagai persediaan.



Usaha kecil ini bertujuan untuk menjaga kebajikan kucing-kucing jalanan yang tidak mempunyai penjaga sedangkan haiwan itu sebenarnya juga memerlukan perhatian.  Hanya dengan serendah RM10 sahaja saham akhirat untuk infaq anda bagi tujuan pembelian tanah dan pembinaan rumah kucing sebagai pusat perlindungan kucing terbiar.



Jom cabar diri untuk istiqamah berbuat kebaikan. Jom buat baik bersama kami dengan membantu mewujudkan sebuah rumah perlindungan kucing. Kami sedang mencari ramai dermawan untuk membantu kami menjayakan misi ini. Tak rugi kita derma, InsyaAllah semakin bertambah rezeki lagi.



Sumbangan boleh diinfaqkan atas nama sendiri atau mak, ayah, datuk, nenek dan keluarga yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Komen nama penginfaq bagi memudahkan kami menyenaraikan nama penginfaq kami di dalam buku projek ini.



"Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat 100 biji dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui (surah al-Baqarah ayat 261).


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Aug 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Aug 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 05, 2022