Kelab Motor Kingz Malaysia

Dimulakan pada Jun 10, 2022

INFAQ BAIK PULIH RUMAH PENGURUSAN JENAZAH

RM36,084 / 103.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM35,000

1379 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom ringankan beban pihak Masjid Kampung Kandang, Melaka dalam pengurusan jenazah. Rebutlah pahala terutamanya dengan bersedekah.


Assalamualaikum WBT. Kami dari Kelab motor KINGZ Malaysia adalah kelab kebajikan bermotosikal. Selain aktif dalam konvoi bermosikal, kelab ini juga sangat aktif dalam misi-misi kebajikan, membantu mereka yang memerlukan serta aktiviti-aktiviiti fardhu kifayah. 



Para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi, pihak KINGZ terpanggil untuk menjalankan kempen “Infaq Baik Pulih Rumah Pengurusan Jenazah”. Kami terpanggil untuk menjalankan kempen ini adalah untuk membaik pulih sebuah rumah untuk proses memandikan jenazaah bagi kegunaan Masjid di seluruh kariah di mukim Kampung Kandang, Melaka.



Hal ini berikutan dengan kesusahan yang dihadapi oleh pihak masjid di Kampung Kandang khususnya dalam menguruskan hal jenazah. Mereka menghadapi kesukaran kerana rumah mandi jenazah sedia ada yang sudah usang dan kecil. Jika proses membaik pulih rumah ini berjaya, maka ia dapat melajukan urusan pengurusan jenazah yang bakal dilaksanakan.



Hasil kutipan dana ini akan digunakan untuk membaik pulih sebuah rumah mandi jenazah bagi kegunaan pihak masjid dan dapat digunakan oleh penduduk di seluruh mukim Kampung Kandang Melaka. Marilah kita sama-sama memberi bantuan bagi membantu meringankan beban pihak masjid bagi menguruskan pelaksanaan jenazah di kampung mereka.




Terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah. Ayuh, marilah kita sama-sama membantu meringankan beban pihak masjid yang memerlukan bantuan kewangan untuk pengangkutan van jenazah mereka. Semoga dengan sedekah kita ini dapat sedikit sebanyak pahalanya dan semoga Allah SWT merahmati kita semua.


ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة

Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”

(Riwayat al-Bukhari)


Jom menyumbang di sumbangan.com.

Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 06, 2022

FAIRUZ AFFANDI BIN ABDUL AZIZ

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 05, 2022

MAZLAN ALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 05, 2022

Kempen Sumbangan Tamat