PERTUBUHAN AMAL RUMAH MELOR

Dimulakan pada May 02, 2024

KOS OPERASI AMAL RUMAH MELOR ANAK YATIM DAN ASNAF

RM9,850 / 19.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

252 Penyumbang

227 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen kutipan dana ini bertujuan membantu Rumah Melor meringankan beban seperti kos operasi sewa 2 buah rumah, makan minum dan bil utiliti lain. Jom bantu!


Kisah penubuhan Rumah Melor ini bermula apabila Puan Liana Jamaludin sebagai pengasas mempunyai kepakaran dalam bidang kebajikan dan kemanusian lebih-lebih lagi berkaitan dengan perlindungan. Semangat keinginan beliau untuk mewujudkan tempat perlindungan remaja lelaki dan perempuan yang memerlukan perlindungan dan pemulihan. Walau bagaimanapun, perjalanan untuk menubuhkan sebuah rumah pelindungan ini tidak mudah.



Oleh itu, Puan Linda Md Nor telah mengajak seorang sahabatnya yang ada kepakaran dalam bidang professional korporat juga mempunyai semangat kemanusiaan yang tidak berbelah bahagi. Puan Liana dan Puan Linda telah menghidupkan visi dan misi bersama serta bersatu dalam persahabatan dengan tujuan yang sama iaitu memulakan perjalanan untuk menubuhkan Rumah Melor.



Uniknya Rumah Melor ini terbahagi kepada dua iaitu khas Rumah Melor untuk lelaki dan Rumah Melor untuk perempuan. Rumah Melor untuk penghuni lelaki terletak di alamat No 11, Jalan Meranti Bunga 15/KU10, Taman Seri Mewah, 41050 Klang Selangor. Manakala, rumah Melor untuk penghuni perempuan pula telah bertempat di No 2, Jalan Pisang 8/KU10, Taman Desa Meru, 42200 Klang Selangor.



Kedua-dua rumah ini telah diusahakan dan diasaskan oleh Puan Linda Md Nor dan Liana Jamal. Penghuni di sini terdiri daripada kanak-kanak dan remaja perempuan dan lelaki yang berusia 4 tahun hingga 18 tahun. Jumlah kini memuatkan hanya setakat 11 orang sahaja bagi sebuah rumah. Penghuni rumah melor adalah seperti kes-kes pengabaian, mangsa penderaan, ada juga yang terlibat dengan masalah sosial.



Kami komited untuk bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan, NGO dan NGI dalam menyediakan ruang yang prihatin dan selamat dengan persekitaran yang sihat untuk remaja lelaki dan perempuan yang pernah mengalami penderaan dan menghadapi keadaan yang mencabar bagi mendapatkan perlindungan, sokongan dan peluang untuk membina semula kehidupan mereka. Selain dari memperkasakan anak-anak jagaan untuk mengatasi cabaran dan membantu masa depan yang cerah untuk kanak-kanak remaja lelaki dan perempuan ini melalui sumber yang komprehensif dan kemahiran pembangunan.



Tujuan kami menubuhkan Rumah Melor ini, untuk membantu menyediakan rumah pelindungan kanak-kanak remaja yang selamat selain menyediakan barang keperluan seperti makanan dan pakaian. Kami juga akan membantu kanak-kanak remaja ini pulih daripada trauma, membantu dari segi sokongan moral dengan menilai dan mengenal pasti trauma masa lalu serta kesan terhadap mereka. Kami juga akan bekerjasama dengan badan profesional untuk menilai kesihatan mental serta mengenal pasti terapi yang mungkin disesuaikan dengan keperluan kanak-kanak remaja ini.



Kami juga ingin membangunkan rancangan untuk fasa seterusnya dengan menawarkan sokongan berterusan selepas perlindungan terhadap kanak-kanak remaja ini. Kami akan sentiasa menilai tahap kemajuan prestasi pemulihan mereka dengan menjalankan aktiviti berbentuk proses pembelajaran. Di Rumah Melor juga, kami akan memastikan pemeriksaan dan akses yang kerap kepada penjagaan kesihatan (HIV).


Selain membantu menyediakan makanan seimbang dan aktiviti untuk kesihatan fizikal serta mewujudkan persekitaran yang menyokong dan komuniti melalui kumpulan rakan sebaya. Dari segi pendidikan agama juga kami sedaya upaya akan usahakan peluang pendidikan luas agar mereka tidak ketinggalan dan kami akan bantu dari segi pendedahan agama untuk moral dan rohani anak-anak remaja lelaki mahupun perempuan. 



Rumah Melor sememangnya tidak mempunyai pendapatan atau sumber kewangan yang tetap setiap bulan. Sumber kewangan yang ada hanyalah diperoleh pengusaha dan juga dari penyumbang yang ikhlas dari orang ramai yang berkunjung di Rumah Melor. Kos operasi bagi dua buah rumah pertubuhan setiap bulan agak tinggi seperti kos bil air dan api, kos sewa dua buah Rumah Melor lelaki dan perempuan. Kos keperluan harian (makan dan minum) mereka dan ketiadaan sumber pendapatan inilah sering kali menganggu aktiviti yang ingin dijalankan. Jika dilihat, banyak program yang ingin dijalankan di sini namun, kewangan yang sikit sukar untuk kami membantu anak-anak remaja seperti mereka ini.



Demi merealisasikan objektif penubuhan rumah ini kami memerlukan kerjasama dan keprihatinan semua pihak. Oleh itu, kami berharap keprihatinan masyarakat sekeliling serta badan-badan korporat agar dapat menghulurkan sumbangan dan bantuan demi memastikan anak-anak yang kurang bernasib baik ini terbela dan seterusnya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta berguna untuk agama, bangsa dan negara. InsyaAllah. Amin. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2024