Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM12,322 / 61.61 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
413 Penyumbang
8 Baki Hari
“Anak hanya akan dipulangkan jika ada rumah" itulah syarat ditetapkan keluarga pihak suami untuk Nur Qaisara. Seorang mualaf yang gigih berjuang demi mendapatkan kembali hak jagaan anak tunggalnya.


Di Kg Sukahati, Nur Qaisara (berketurunan Cina) dulu hidupnya indah, ada keluarga, bersuami, dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Namun, badai datang tanpa disangka. Suaminya menghilang, meninggalkannya tanpa nafkah, dan lebih menyayat hati, membawa pergi anak kesayangannya dan ditinggalkan dengan keluarga suaminya yang enggan mahu menyerahkan kepada beliau.

Terpisahnya dengan suami dan anak bukanlah ujian terakhir beliau. Nur Qaisara disahkan pula menghidap masalah saraf tulang belakang, menyukarkan dia untuk bekerja berat. Sebagai muallaf, beliau tidak mempunyai keluarga kandung di sisi untuk membantunya. Satu-satunya abang kandungnya pula terlibat dalam kemalangan motosikal, menyebabkan dia kehilangan sebelah tangan. Ayah mereka pula diserang strok dan kini terlantar di rumah jiran yang baik hati.
Dalam keadaan bingung, kesakitan, dan hilang arah, Nur Qaisara pernah cuba membunuh diri. Namun, Allah itu Maha Penyayang. Beliau diselamatkan oleh En Laili, pengasas Rumah Ngaji di Semporna. En. Laili memberikan Nur Qaisara tugas untuk menguruskan Rumah Ngaji ini.

Di situlah Nur Qaisara menumpang tidur, di celah-celah ruang kosong sekolah, sambil membantu menjaga anak-anak yang lain. Dia mendapat kekuatan baru untuk terus berjuang demi mendapatkan hak penjagaan anak tunggalnya kembali.

Akhirnya, setelah pelbagai usaha, Nur Qaisara diberikan satu peluang, iaitu keluarga suaminya bersetuju menyerahkan kembali anaknya, dengan satu syarat iaitu dia perlu ada tempat tinggal yang tetap.

Kebetulan pula Nur Qaisara ada sebidang tanah kecil diberikan kepadanya. Tanah itu tidak luas, tetapi cukup untuk sebuah rumah kecil buat dia dan anak kesayangannya. Yang paling penting, dia dapat hak penjagaan anaknya. Oleh itu, PERKIM dengan rendah hati menyeru kepada saudara-saudari Muslimin dan Muslimat, mari kita bina sebuah rumah buat Nur Qaisara dan anaknya.

Rumah kecil ini bukan sekadar binaan, tetapi simbol harapan, kasih sayang, dan kekuatan seorang ibu muallaf yang tidak pernah berputus asa mendapatkan kembali anaknya. Kami merancang rumah bersaiz 15 kaki x 30 kaki sahaja, beratap zinc spandex dan berdinding plywood pun tidak mengapa, serta keperluan asas dalam rumah. Kebetulan di kampung yang sama PERKIM BTP bersama rakan tempatan sedang membina sebuah rumah untuk asnaf sekeluarga seperti gambar di bawah.

"Barang siapa memudahkan urusan saudaranya, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Muslim)
Ayuh, kita bina sebuah rumah... dan satukan ibu dan anak yang terpisah. PERKIM hanya mengambil 5% kos pengurusan dari dana terkumpul dan selebihnya 95% diserahkan untuk projek membuat rumah ini.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 04, 2025
SAHRULIZA BINTI MD ZIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 04, 2025
RAMLAN BIN JINAL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 04, 2025