PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL INSYIRAH

Dimulakan pada Oct 03, 2022

PROJEK RUMAH KEDIAMAN WARGA EMAS DARUL INSYIRAH

RM1,150 / 11.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

61 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Projek ini dijalankan bagi mengumpulkan dana untuk membina rumah kediaman yang selesa buat ahli warga emas darul insyirah supaya kebajikan, kesihatan dan pendidikan terjamin. Sama-sama kita bantu!


Saban tahun, tanggapan buang ibu bapa itu semakin tidak relevan kerana ramai warga emas memilih untuk tinggal di pusat jagaan berbanding tinggal bersendirian di rumah ketika anak-anak keluar bekerja. Siapa yang tidak gembira melihat golongan warga emas boleh bersosial lagi dengan rakan yang sebaya dengannya. Mereka boleh mengaji bersama-sama dan berkongsi pendapat dan kebajikan mereka turut terjaga. Ini bukti mereka tidak pun sama sekali dipinggirkan!


“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)


Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah yang terletak di Bangi, Selangor kini memerlukan bantuan dana untuk membina sebuah bangunan yang berkapasiti luas dan selesa untuk warga emas wanita.



Kita faham dengan pelbagai cabaran hidup pada masa sekarang menyebabkan waris juga perlu mencari duit lebih sehinggakan ramai yang memilih untuk menghantar mak ayah ke rumah jagaan warga emas. Bukan sebab meminggirkannya tetapi itulah pilihan terbaik agar mak ayah juga tidak kesunyian di rumah.


Oleh sebab itu, Darul Insyirah sebagai Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas hadir membantu dalam menempatkan warga emas dengan menyediakan rumah jagaan dan pendidikan yang meliputi rohani dan jasmani bagi mengisi masa-masa lapang warga emas dengan perkara yang berfaedah.




Ruang kelas yang sedia ada tidak lagi dapat menampung kemasukan baru warga emas bonda kerana ruang yang sedia ada semakin terhad sedangkan permintaan untuk masuk ke sini adalah sangat tinggi. Oleh itu, kami sedang merangka untuk membangunkan sebuah Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah yang lebih besar.


Pusat ini bukan untuk tempat buangan ibu dan ayah, tetapi tempat untuk warga emas kita belajar dan menjalankan aktiviti. Tujuan utama pembinaan rumah kediaman warga emas adalah untuk memberi ruang dan tempat yang selesa untuk warga emas belajar agama dan bersosial bersama kawan-kawan seusia mereka. Oleh sebab itu, rumah kediaman warga emas ini perlu dibangunkan.





Jom bantu kami untuk mengumpul dana pembangunan rumah kediaman warga emas Darul Insyirah. Terima kasih buat para penyumbang Pembangunan Rumah Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah yang terus setia membantu. Tiada yang mampu kami balas melainkan mengharapkan kebaikan itu dikembalikan semula kepada para penyumbang.




Semoga dengan terbinanya rumah jagaan dan pendidikan ini nanti nilai- nilai Islam dapat dijaga baiknya dan warga emas mendapat tempat jagaan yang terbaik dan patuh syariah. Teruskan menyumbang kepada Pembinaan Rumah Jagaan Warga Emas Darul Insyirah.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2022

Kempen Sumbangan Tamat