PERTUBUHAN AMAN MUSLIM MALAYSIA

Dimulakan pada Aug 17, 2023

MEKAH BERKAH DENGAN SEDEKAH JUMAAT

RM55 / 1.38 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

4 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

SUMBANGAN PEK MAKANAN SETIAP JUMAAT KEPADA FAQIR MISKIN DAN MUSAFIR DI MEKAH DAN MADINAH.


Jom sama-sama kita meraih Pahala dengan dengan bersedekah pek makanan kepada fakir miskin, asnaf dan musafir di kota suci mekah dan Madinah.



Pertubuhan Aman Muslim Malaysia dengan kerjasama wakil kami di tanah suci ingin menjemput anda semua yang dermawan untuk bersama-sama berinfaq kepada fakir miskin, asnaf dan musafir. Mereka yang sentiasa mengharapkan belas ihsan daripada kita semua dalam meneruskan kehidupan seharian.



Untuk makluman juga sumbangan ikhlas pek makanan ini kami sedekahkan setiap Jumaat di Mekah atau Madinah. Jadi, anda yang dermawan boleh bayangkan berapa banyak kebaikan yang kita dapat garap daripada sumbangan yang dilakukan.



Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya." (Hadis Riwayat Tabrani)


MashaAllah, Allah SWT izinkan kami melihat dengan mata hati sisi lain Kota Mekah, rupanya masih begitu ramai yang daif dan hidup dalam kesusahan. Kehidupan harian mereka tidaklah seperti yang kita gambarkan selama ini. Di pelusuk kota suci ini masih ramai yang memerlukan bantuan.



Oleh yang demikian, kami di Pertubuhan Aman Muslim Malaysia ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia yang dermawan membantu dengan menyumbang kepada tabung ini agar lebih ramai mendapat manfaat. Untuk makluman, kami memerlukan sekurang kurangnya RM4000 seminggu bersamaan dengan 200 set pek bungkusan nasi dan jus buah buahan yang berharga RM20 satu set.



Semoga dengan sedekah pemberian kita ini kita dapat sedikit sebanyak pahalanya. Semoga Allah SWT merahmati kita semua dan memberi ganjaran yang lebih besar untuk ini di akhirat kelak nanti.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2023

SALEHUDIN DAN KELUARGA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 18, 2023

MOHD RIDZUAN B WAHAB

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2023

Kempen Sumbangan Tamat