YAYASAN ANGKASA

Dimulakan pada Sep 01, 2022

SEDEKAH JUMAAT BULAN SAFAR

RM730 / 24.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

49 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala di bulan Safar ini bulan yang pernuh kerahmatan dan kerberkatan dengan bersedekah. Ayuh kita semua bantu mereka!


Jom sama-sama kita meraih pahala di bulan Safar ini bulan yang pernuh kerahmatan dan kerberkatan dengan bersedekah. Ayuh kita semua bantu mereka!


Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa segala tanggapan bahawa bulan Safar adalah bulan yang penuh dengan musibah dan bencana buruk adalah tidak benar. Baginda SAW sering berpesan supaya umatnya berwaspada ketika berhadapan dengan sesuatu musibah dan memberikan peringatan supaya jangan sekali-kali umat Islam beriktikad sial atau nahas Safar berupaya memudaratkan kehidupan manusia.

 

Rasulullah SAW bersabda; “Tidak ada penularan penyakit (dengan sendirinya), tidak ada thiyarah (sempena baik atau buruk), tidak ada kesialan (malang) kerana burung hantu, dan tidak ada kesialan (bala bencana) pada bulan Safar.” (Hadis Riwayat Bukhari r.a., Muslim, Abu Dawud, dan Ahmad r.a.)



Sedekah Jumaat memang sudah menjadi ajaran yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ. Allah S.W.T. benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Allah menjanjikan banyak keutamaan dari bersedekah khususnya di bulan Safar. Yayasan ANGKASA dengan tulus menjemput anda sekeluarga untuk memanfaatkan peluang di bulan yang barakah ini. Sehingga dapat dikatakan bahawa sedekah memang sudah menjadi ajaran yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ. Allah menjanjikan banyak keutamaan dari bersedekah khususnya di bulan ini. Yayasan ANGKASA dengan tulus menjemput anda sekeluarga untuk memanfaatkan peluang di bulan yang barakah ini.



Marilah kita berkongsi rezeki kepada pelajar-pelajar IPT yang terdiri daripada golongan B40 dan anak yatim di seluruh negara di bawah pembiayaan Yayasan ANGKASA. Mereka akan menerima manfaat melalui bantuan kewangan. Pihak kami menyasarkan pelajar yang kurang berkemampuan dan benar-benar memerlukan! Subhanallah, alangkah berkahnya! Ini adalah panggilan Allah SWT. Ayuh, inilah masanya untuk menyebarkan kebaikan dan InsyaAllah akan menjadi simpanan di dunia dan akhirat!



Bersedekah adalah salah satu usaha kita untuk menjemput keberkatan. Setiap Jumaat di bulan yang penuh barakah. Sedekah ikhlas anda sekeluarga mungkin menggalakkan doa anda sekeluarga yang sedang berjuang di langit! Bersama kami, anda sekeluarga akan bersama-sama memuliakan bulan ini dengan membantu orang yang paling disayangi oleh Nabi ﷺ.



Jazakumullah Khayran. Yayasan ANGKASA mendoakan saudara-saudari dan sekeluarga. Semoga Allah S.W.T. menerima dan meninggikan darjat segala jenis ibadah yang dilakukan oleh kita pada bulan Muharam ini, khususnya sedekah yang diberikan. Semoga Allah menerima segala ikhtiar yang diusahakan untuk mendapatkan rahmat-Nya. Sungguh, Allah S.W.T. jua lah yang akan menggantikan segala kebaikan yang anda sekeluarga berikan. Semoga Allah S.W.T. memakbulkan doa, perlindungan, kebahagiaan, kemudahan, dan melancarkan rezekimu dan keluarga, Amin Allahuma Amin.


Sumbangan yang saudara-saudari hulurkan kepada Yayasan ANGKASA layak mendapat potongan cukai Lembaga Hasil dalam Negeri di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (nombor rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.7796). Diminta WhatsApp untuk dapatkan resit potongan cukai di talian 018-355 0515 (En. Muhd Fawwaz), Pegawai Promosi dan Perkembangan Yayasan ANGASA.


Jom #BuatBaik! 

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HASMAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 05, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 02, 2022

Kempen Sumbangan Tamat