YAYASAN ANGKASA

Dimulakan pada Sep 09, 2022

SEDEKAH JUMAAT BULAN SAFAR FASA 2

RM440 / 14.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala di bulan Safar ini bulan yang pernuh kerahmatan dan kerberkatan dengan bersedekah. Ayuh kita semua bantu mereka!


Kebanyakan umat Islam pada masa ini khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat kedua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dibenteras dengan kerasnya oleh agama Islam, sebagaimana telah difirmankan oleh Allah subahanahu wa ta'ala dalam surah at-Taubah ayat 51:


"Katakanlah (wahai Muhammad): tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatupun melainkan apa yang telah ditetapkan allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu), maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal".


Oleh yang demikian umat Islam hendaklah membuang sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan syirik.



Sedekah Jumaat memang sudah menjadi ajaran yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ. Allah S.W.T. benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Allah menjanjikan banyak keutamaan dari bersedekah khususnya di bulan Safar. Yayasan Angkasa dengan tulus menjemput anda sekeluarga untuk memanfaatkan peluang di bulan yang barakah ini. Sehingga dapat dikatakan bahawa sedekah memang sudah menjadi ajaran yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ. Allah menjanjikan banyak keutamaan dari bersedekah khususnya di bulan ini. 



Marilah kita berkongsi rezeki kepada pelajar-pelajar IPT yang terdiri daripada golongan B40 dan anak yatim di seluruh negara di bawah pembiayaan Yayasan Angkasa. Mereka akan menerima manfaat melalui bantuan kewangan. Pihak kami menyasarkan pelajar yang kurang berkemampuan dan benar-benar memerlukan! Subhanallah, alangkah berkahnya! Ini adalah panggilan Allah SWT. Ayuh, inilah masanya untuk menyebarkan kebaikan dan InsyaAllah akan menjadi simpanan di dunia dan akhirat!



Bersedekah adalah salah satu usaha kita untuk menjemput keberkatan. Setiap Jumaat di bulan yang penuh barakah. Sedekah ikhlas anda sekeluarga mungkin menggalakkan doa anda sekeluarga yang sedang berjuang di langit. Bersama kami, anda sekeluarga akan bersama-sama memuliakan bulan ini dengan membantu orang yang paling disayangi oleh Nabi ﷺ.



Jazakumullah Khayran. Yayasan Angkasa mendoakan saudara-saudari dan sekeluarga. Semoga Allah S.W.T. menerima dan meninggikan darjat segala jenis ibadah yang dilakukan oleh kita pada bulan Safar ini, khususnya sedekah yang diberikan. Semoga Allah menerima segala ikhtiar yang diusahakan untuk mendapatkan rahmat-Nya. Sungguh, Allah S.W.T. jua lah yang akan menggantikan segala kebaikan yang anda sekeluarga berikan. Semoga Allah S.W.T. memakbulkan doa, perlindungan, kebahagiaan, kemudahan, dan melancarkan rezekimu dan keluarga, Amin Allahuma Amin.


Sumbangan yang saudara-saudari hulurkan kepada Yayasan ANGKASA layak mendapat potongan cukai Lembaga Hasil dalam Negeri di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (nombor rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.7796). Diminta WhatsApp untuk dapatkan resit potongan cukai di talian 018-355 0515 (En. Muhd Fawwaz), Pegawai Promosi dan Perkembangan Yayasan Angkasa.


Jom #BuatBaik! 

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 12, 2022

MUHAMMAD SAUFI BIN KAMALUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 11, 2022

Kempen Sumbangan Tamat