Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAKAPAN KASIH NEGERI JOHOR
Dimulakan pada Mar 14, 2025
RM1,805 / 60.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
67 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kempen sumbangan infaq Ramadan untuk sahabat Orang Kurang Upaya (OKU) adalah inisiatif yang bertujuan membantu golongan OKU yang memerlukan sokongan dari segi kewangan, makanan, serta keperluan asas sepanjang bulan Ramadan.

Program ini memberikan bantuan kewangan dan keperluan asas seperti makanan untuk berbuka puasa, sahur, dan peralatan kesihatan. Membantu OKU yang tidak mampu bekerja atau mempunyai pendapatan yang terhad untuk menjalani Ramadan dengan lebih selesa.

Bersedekah kepada golongan yang memerlukan, terutamanya OKU, adalah amalan yang sangat dituntut dalam Islam dan menjanjikan pahala yang berlipat ganda pada bulan Ramadan. Dengan sumbangan infaq, OKU dapat memenuhi keperluan asas seperti makanan sihat, peralatan mobiliti, dan ubat-ubatan yang mungkin sukar diperoleh serta membantu mereka berasa dihargai dan tidak dipinggirkan oleh masyarakat.

Program ini dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat, NGO, serta sahabat OKU melalui aktiviti gotong-royong, pengagihan bantuan, dan program berbuka puasa bersama.

Infaq Ramadan ini termasuklah sumbangan wang tunai, menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur, menyumbang peralatan keperluan seperti kerusi roda dan alat bantuan pergerakan serta menjadi sukarelawan untuk membantu pengagihan sumbangan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
MISBA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 15, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 15, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 15, 2025
HAMIDA YUSOFF
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 15, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 15, 2025