PERTUBUHAN KEBAJIKAN AURA KASIH

Dimulakan pada Jun 21, 2022

BANTUAN SAMBUNG BELAJAR LEPASAN SPM 2021

RM330 / 3.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita menghulurkan sokongan kepada keluarga yang memerlukan bantuan pendidikan anak mereka untuk sambung belajar bagi pelajar lepasan SPM.


Assalamualaikum WBT, para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi. Kami di Pertubuhan Kebajikan Aura Kasih terpanggil untuk menggerakkan kempen bantuan sambung belajar bagi pelajar lepasan SPM 2021 ini selepas beberapa siri kempen yang telah kami lakukan bersama NGO lain mendapat sambutan baik daripada penerima seperti bantuan beg sekolah, bakul makanan, pelitup muka dan bantuan Hari Raya Aidilfitri. Hal ini kerana, kami mendapati ramai ahli keluarga yang berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan pendidikan anak-anak mereka.



Oleh itu, kami berasa adalah perlu untuk membantu keluarga yang kurang bernasib baik yang berada dalam kategori "miskin bandar" di Kuala Lumpur ini. Objektif kami adalah untuk membantu anak-anak mereka bagi lepasan SPM 2021 yang akan menyambung pelajaran sama ada di Universiti, Politeknik ataupun Kolej. Hasil sumbangan kempen ini, kami menyasarkan untuk membantu seramai 100 buah keluarga sebagai penerima bantuan.



Semoga dengan sumbangan anda ini, dapat membantu dan mengurangkan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan. Kepada para penyumbang, semoga dengan sumbangan ini, anda mendapat keredhaan Allah SWT dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada-NYA. Marilah kita sama-sama menyumbang dan membantu anak-anak ini mendapatkan pendidikan yang sewajarnya di platform sumbangan.com.



“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MEOR ROSAZMAN BIN MD IDRIS IDRIS

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2022

Kempen Sumbangan Tamat